Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
8,167 PKS di bawah MIDE Sabah tahun ini
Published on: Tuesday, July 09, 2024
Published on: Tue, Jul 09, 2024
By: Mohd Nazllie Zainul
Text Size:
Text:
8,167 PKS di bawah MIDE Sabah tahun ini
PHOONG ketika melakukan gimik pelancaran.
Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) Sabah merekodkan seramai 8,167 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tahun ini.Jumlah berkenaan termasuk usahawan PKS yang berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR). 

Advertisement
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan positif berbanding tahun sebelumnya. 

“Angka ini memang menunjukkan pertambahan yang ketara terutama di kawasan Kota Kinabalu. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Oleh itu, MIDE mahu menggalakkan lebih usahawan untuk mendaftar di bawah DIDR kerana kita sudah membantu ramai usahawan PKS berdaftar tahun lalu. 

“Kerajaan pada tahun ini kita sudah menambah peruntukan daripada RM11 juta kepada RM15 juta menerusi program SME-Up. 

Advertisement
“SME-Up adalah program di bawah kementerian saya untuk membantu usahawan kita yang mehu memulakan perniagaan. 

“Kita boleh bantu mereka tambah kemahiran, penjenamaan, pembungkusan dan sebagainya,” katanya ketika ditemui media pada pelancaran kedai Christy Ng di pusat beli-belah Imago, baru-baru ini. 

Advertisement
Dalam pada itu, ditanya mengenai inisiatif lain dilaksanakan kementeriannya dalam usaha membantu usahawa PKS di Sabah, Jin Zhe memaklumkan pihaknya bakal melancarkan satu program pemberian mikro geran bagi seseorang usahawan memulakan perniagaan. 

“Sesiapa peniaga yang memerlukan bantuan kewangan sebagai permulaan berniaga, mereka boleh datang ke pjabat kita. 

“Kita mahu melahirkan lebih ramai usahawan yang bermula daripada bawah namun akhirnya mampu membina empayar perniagaan sendiri. “Cerita kejayaan seumpama ini pastinya akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk bergelar usahawan berjaya,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here