Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima talian 15555 - Ahmad Zahid
Published on: Tuesday, July 09, 2024
Published on: Tue, Jul 09, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima talian 15555 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata turut dibangkitkan dalam mesyuarat berkenaan adalah mengenai pelaksanaan Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment - SIA) bagi projek pembangunan.
Kuala Lumpur: Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 menerima lebih 48,000 panggilan berkaitan tingkah laku cubaan bunuh diri bagi tempoh 2022 hingga Jun tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Sosial Negara berkata selain itu, terdapat peningkatan kes bunuh diri dilaporkan pada tahun lepas iaitu sebanyak 1,087 kes berbanding 981 kes pada tahun sebelumnya.

Advertisement
Justeru itu, beliau berkata mesyuarat Majlis Sosial Negara telah bersetuju supaya peranan pelbagai kementerian serta agensi berkaitan dalam menangani situasi berhubung tingkah laku bunuh diri di negara ini dilaksanakan secara bersepadu dan lebih proaktif.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, salam satu kenyataan, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata agenda lain yang disentuh pada mesyuarat itu adalah mengenai silibus Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) di sekolah bawah Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata silibus PEERS dipersetujui dilaksanakan mengikut pelaksanaan sedia ada berserta cadangan penambahan waktu pengajaran dan pembelajaran silibus melalui kurikulum pendidikan kesihatan Kurikulum Persekolahan 2027.

Advertisement
Ahmad Zahid berkata turut dibangkitkan dalam mesyuarat berkenaan adalah mengenai pelaksanaan Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment - SIA) bagi projek pembangunan.

“Sejak 2016 sehingga Mac 2024, Mesyuarat Panel Penilai Laporan SIA telah membuat penilaian laporan SIA bagi 51 projek pembangunan di peringkat Persekutuan dan 162 projek pembangunan telah dinilai di peringkat negeri,” katanya.

Advertisement
Mesyuarat turut menyentuh mengenai pencapaian Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (MyWI) 2022, kata Ahmad Zahid.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here