KUNAK: Runtuhan tanah di tebing Jalan Tingkayu yang menghubungkan Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang Binuang di sini sejak malam Selasa menyebabkan jalanraya itu tidak dapat diakses dari kedua-dua arah.
Keadaan itu dirumitkan lagi apabila sebuah lori turut terbenam di kawasan tanah berlumpur di lokasi itu pada malam tersebut.
Laluan Jalan Tingkayu menjadi sesak dengan kenderaan beratur panjang sejak malam tadi termasuk lori, kereta persendirian dan kenderaan estet.
"Laluan itu kembali digunakan kira-kira jam 1 petang Rabu selepas jentera berat digunakan menarik keluar lori yang tersangkut itu", kata seorang pemandu.