Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
‘Kita tidak boleh hidup hanya dengan slogan’
Published on: Thursday, July 11, 2024
Published on: Thu, Jul 11, 2024
By: Agust Dean
Text Size:
Text:
‘Kita tidak boleh hidup hanya dengan slogan’
Mohd Shafie (Warisan-Senallang) berkata, kerajaan negeri perlu bijak dalam pengurusan kewangan agar tidak berlaku ketirisan.
Kota Kinabalu: Ketua Pembangkang Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempersoalkan kewujudan Sektetariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam membantu rakyat di negeri ini.

Beliau mahu Menteri Kewangan mendedahkan selama SMJ diwujudkan berapa peruntukan disalurkan kepada sekretariat tersebut dan apa hasil yang telah diperoleh sehingga sekarang.

Advertisement
“Kita tidak mahu melabur tapi, kita tidak peduli apa hasil dan kesannya kepada Sabah dan peluang pekerjaan ditawarkan. Bukan hanya kita nakkan slogan, kita tidak boleh hidup hanya dengan slogan.

“Di peringkat akar umbi, masih banyak isu-isu yang penting kepada rakyat. Jadi, saya lihat perkara ini harus kita teliti,” katanya semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan pada persidangan Dun Sabah, di sini Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mohd Shafie (Warisan-Senallang) berkata, kerajaan negeri perlu bijak dalam pengurusan kewangan agar tidak berlaku ketirisan.

Katanya, beliau mendapati banyak lawatan ke luar negara dilakukan oleh pemimpin kerajaan. Dalam keadaan kewangan yang tidak begitu banyak, perbelanjaan yang tidak perlu harus dikurangkan.

Advertisement
Menurutnya, kerajaan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi dalam mengatasi masalah air di negeri ini sehingga mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) berdemonstrasi.

“Kemudian kita katakan mereka (mahasiswa UMS) tak patut buat begitu. Kita tidak rasa anak-anak ini tiada air untuk minum, tiada air untuk mandi dan masuk ke tandas.

Advertisement
Kenapa perlu salahkan dan siasat mereka.

“Demonstrasi yang ada pada hari ini, akta telahpun diluluskan…kebabasan untuk suarakan hak rakyat yang ada boleh dilakukan namun, jangan ada kejadian-kejadian tidak diingini. Kita dah luluskan di Parlimen tapi jangan pula kita ambil tindakan kerana kita perlu dengar anak-anak ini,” katanya.

Mohd Shafie berkata, memandangkan UMS adalah institusi pendidikan di bawah Persekutuan maka, masalah air yang ada seharusnya diselesaikan. 

UMS terletak di bandar bukannya di Pitas mahupun Nabawan, tambahnya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here