Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Agih bantuan kepada mangsa banjir secara adil: Bung Moktar
Published on: Thursday, July 11, 2024
Published on: Thu, Jul 11, 2024
By: Agust Dean
Text Size:
Text:
Agih bantuan kepada mangsa banjir secara adil: Bung Moktar
Bung berkata, Penampang dilanda banjir hampir setiap tahun, apabila hujan lebat memang akan berlaku banjir. 
DATUK Seri Bung Moktar Radin (BN-Lamag) mengingatkan kerajaan agar tidak bersikap pilih kasih dalam mengagihkan bantuan RM1,000 kepada mangsa terjejas banjir di Sabah.

Beliau berkata, rakyat sudah cukup menderita akibat bencana banjir yang merosakkan rumah mereka jadi, pemimpin akar umbi tidak seharusnya bersikap pilih kasih dalam memberi bantuan.

Advertisement
“Hari ini banyak (rakyat) yang menderita, ada yang meninggal dunia. Ada juga bantuan dijanjikan ada yang dapat, ada yang tidak…yang teruknya lagi pemimpin kampung dapat peruntukan, pilih kasih.

“Siapa sokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dapat RM1,000, siapa tidak sokong tidak dapat (bantuan). Ini tidak boleh, ini penindasan cukup dahsyat, orang sudah menderita dan rumah musnah akibat banjir,” katanya semasa sesi perbahasan, Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, bantuan belum diterima oleh rakyat yang terjejas banjir, hanya mereka yang datang ke pusat pemindahan sementara (PPS) sahaja diberi bantuan RM1,000 dan ada rakyat yang terkesan tidak sempat berpindah ke dewan PPS.

Bung berkata, Penampang dilanda banjir hampir setiap tahun, apabila hujan lebat memang akan berlaku banjir. 

Advertisement
“Seharusnya kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa khas untuk memantau dan buat kajian tentang masalah yang berlaku dan tanganinya.

“Selepas banjir, penduduk Penampang berhadapan pula dengan masalah ketiadaan air untuk membersihkan kesan lumpur yang setebal dua kaki. Kerja pembersihan tidak dapat dilakukan kerana masalah air.

Advertisement
“Kamu dalam kerajaan fikir, guna idea yang baik untuk selesaikan masalah ini. Air tiada, macam mana mahu bersihkan rumah. Ini perlu difikir, Jangan hanyak seronok umumkan kerajaan negeri terima hasil yang banyak,” katanya.

Katanya lagi, beliau tidak melihat komitmen yang serius daripada kerajaan untuk menangani masalah air di Sabah sedangkan masalah ini sudah berlarutan agak lama.

“Rakyat merintih dan menangis sehingga pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) buat demonstrasi aman tapi, kerajaan seperti tidak melihat perkara ini berlaku.

“Kerja menyelenggara jalan raya dan sistem perparitan harus diletakkan di bawah satu agensi sahaja bagi mengelakkan berlaku sikap tuding jari apabila banjir melanda.

“Bukan sahaja Jabatan Kerja Raya (JKR) menjaga jalan raya, ada lagi agensi lain yang menjaga jalan raya. Parit juga seharusnya dijaga oleh satu jabatan tapi, ada parit di bawah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, ada di bawah Kementerian Pertanian dan ada di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain.

“Dulu saya sudah sarankan kita selaraskan, biar hanya satu agensi bertanggungjawab tapi, tiada respon. Semua mahu pegang tugas tanggungjawab. Tapi, apabila banjir berlaku tuding jari ini bukan parit di bawah DBKK kemudian DBKK cakap ia di bawah Kementerian Pertanian dan kemudian dikatakan ia di bawah JKR,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here