Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kes bunuh pemandu e-hailing dipindah ke Mahkamah Tinggi
Published on: Friday, July 12, 2024
Published on: Fri, Jul 12, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Kes bunuh pemandu e-hailing dipindah ke Mahkamah Tinggi
NURIMA (depan) dan adik tirinya dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas prosiding, pada Khamis.
TAWAU: Mahkamah Majistret pada Khamis memindahkan kes membabitkan seorang wanita dn adik lelaki tirinya yang didakwa membunuh pemandu e-healing yang merupakan bekas suami wanita itu, ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin membuat perintah itu untuk Nurima Juli, 35, dan Sadam Kiram, 30, selepas pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa notis tuntutan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi telah diterima.

Advertisement
Nurima dan Sadam dituduh membunuh Nurman Bakaratu, 61, antara pukul 7.30 malam dan 11.30 malam pada 13 Jan 2023 di ladang kelapa sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Batu 5, Jalan Apas, di sini.

Pada 26 Apr tahun ini, kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 dan 40 tahun, dan sebatan sekurang-kurangnya 12 kali, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sadam juga didakwa melupuskan barang bukti berkaitan penemuan mayat Nurman yang mana dia melupuskan gunting dan dompet milik Nurman antara jam 7.30 malam dan 11.30 malam pada hari yang sama.

Sebelum ini, Nurima menjadi saksi utama kes pembunuhan berprofil tinggi itu yang sebenarnya melibatkan polis kanan – bekas Ketua CID Esscom SAC Datuk Mat Zaki Md Zain bersama tujuh individu lain kerana didakwa membunuh Nurman.

Advertisement
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membebaskan lapan orang itu selepas Nurima yang tampil sebagai saksi pendakwaan memberi keterangan dia menikam bekas suaminya dengan gunting.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fakrurrazi Ahmad Salim tampil untuk pendakwaan manakala kedua-duanya tidak diwakili.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here