Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Smart SBB Ala Sekinchan diperluas ke Kota Belud
Published on: Saturday, July 13, 2024
Published on: Sat, Jul 13, 2024
Text Size:
Text:
Smart SBB Ala Sekinchan diperluas ke Kota Belud
Tun Juhar (tengah) bergambar kenangan bersama pengurusan tertinggi BERNAS.
Kota Kinabalu: Program SMART Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Ala Sekinchan kini diperluas ke Kg Kesapang Tengah, Kota Belud melibatkan 181 petani tempatan. 

Pengerusi Padiberas Nasional Berhad (Bernas), Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pelaksanaan program jelapang padi Sabah di kawasan seluas 187,000 hektar itu mampu meningkatkan pengeluaran sehingga 4.2 tan per hektar berbanding kira-kira 2.6 tan pengeluaran padi sebelum ini.

Advertisement
“Smart SBB Ala Sekinchan ialah model baharu dengan menerapkan amalan pertanian berhasil tinggi yang bermatlamat meningkatkan pendapatan pesawah dengan mengaplikasikan amalan penanaman padi terbaik dan mengeluarkan padi lebih bersasar menerusi pembangunan kawasan secara berkelompok. 

“Projek perintis Smart SBB - Kawasan Pertanian Pembangunan Bersepadu (IADA) Kota Belud bermula di Kampung Jawi-Jawi melibatkan 14 pesawah dan kawasan tanah terbiar seluas 40 hektar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bernas bertindak sebagai pengurus projek, penyedia perkhidmatan dan penyeliaan penggunaan baja serta racun mengikut pertanian kontrak bersama pesawah terlibat,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, Rabu lepas.

Beliau turut memaklumkan Smart SBB Ala Sekinchan Bernas - IADA Kota Belud akan dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Muhamad Sabu hari ini (Sabtu) sempena Program Gelombang Padi.

Advertisement
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bernas, Zulkiflee Abdul Rahman dan Ketua Bahagian Aktiviti Huluan dan Konsesi Bernas, Abdul Rahman Mohd Nasri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here