Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah berharap untuk terus bekerjasama dengan Korea Selatan dalam pelbagai bidang pada masa hadapan.
Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) Josie Lai berkata, Korea Selatan melalui (Wilayah Pemerintahan Sendiri Khas) Jeju, dan Sabah melalui Taman-Taman Sabah berkongsi komitmen mendalam untuk memelihara dan mempamerkan warisan semula jadi.
“Ia adalah contoh tanggungjawab bersama kami dalam menjaga keseimbangan ekologi planet kita,” katanya semasa pelancaran Pameran Jeju Warisan Semula Jadi Dunia Korea di Suria Sabah, pada Khamis.
Advertisement





