Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
SM Lok Yuk KK, SK Sembulan pertahan kejuaraan Seni Warisan Juara Limbai
Published on: Monday, July 15, 2024
Published on: Mon, Jul 15, 2024
Text Size:
Text:
SM Lok Yuk KK, SK Sembulan pertahan kejuaraan Seni Warisan Juara Limbai
SM Lok Yuk, Kota Kinabalu yang berjaya mempertahankan kejuaraan.
Tuaran: Tuaran: Sekolah Menengah (SM) Lok Yuk, Kota Kinabalu dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan, Kota Kinabalu berjaya mempertahankan kejuaraan dua tahun berturut-turut dalam Pertandingan Seni Warisan Juara Limbai 2024.

SM Lok Yuk dan SK Sembulan masing-masing berjaya menewaskan empat buah sekolah dalam pertandingan akhir bagi kategori sekolah menengah dan kategori sekolah rendah di samping meraih hadiah wang tunai RM7,000, piala dan sijil penyertaan.

Advertisement
Bagi kategori menengah, naib johan disandang oleh SMK Narinang, Kota Belud dan ketiga SMK Tambulion, Kota Belud manakala kategori sekolah rendah pula dimenangi oleh SK Kauluan, Tuaran (naib juara), dan SK Pekan Tamparuli di tempat ketiga.

Naib juara membawa pulang RM5,000, piala dan sijil penyertaan manakala ketiga menerima RM3,000 berserta piala dan sijil penyertaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Anugerah Penari Terbaik Lelaki dan Perempuan masing-masing menerima wang tunai RM500 berserta piala dan sijil penyertaan

Bagi kategori sekolah menengah, penari terbaik disandang oleh Nur Dianza Aini Basa Ama Koten (SM Lok Yuk, Kota Kinabalu) dan Alex Bruce Teo (SMK Tambulion, Kota Belud).

Advertisement
Pelajar SK Pekan Tamparuli, Cevetella Violante Maigoh dan Mohammad Ahsani Mohammad Ali Moham (SK Sembulan, Kota Kinabalu) pula menerima anugerah sama bagi kategori sekolah rendah.

Kesemua hadiah disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Pusat Kebudayaan Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah, Tuaran pada Sabtu malam.

Advertisement
Pertandingan Seni Warisan Juara Limbai yang dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah dijayakan bersama dengan Kerajaan Negeri Sabah sebagai penaja utama dan rakan strategik Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah (PRBSS) dan AJ Production Sdn Bhd.

Turut hadir, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Arif, Pengarah Penyiaran Sabah, Salmah Hashim dan Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah, Cyril Simon.

SM Lok Yuk, Kota Kinabalu yang berjaya mempertahankan kejuaraan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here