Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Malaysia masih kurang tekong laut dalam
Published on: Tuesday, July 16, 2024
Published on: Tue, Jul 16, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Malaysia masih kurang tekong laut dalam
MOHAMMAD Sabu bersama penerima bantuan dan hadirin di Sandakan.
SANDAKAN: Negara mengalami kekurangan tekong berpengalaman untuk mengendalikan kapal nelayan, khasnya untuk perikanan laut dalam, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Justeru, katanya, tekong asing diambil bekerja oleh pengusaha perikanan laut dalam tempatan.

Advertisement
“Kita mengalami kekurangan tekong terutama bagi menangkap ikan di laut dalam, yang agak ketara. Tanpa mereka kita akan menghadapi kekurangan ikan.

“Oleh itu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) perlu melihat perkara itu secara serius. Mereka perlu menghantar nelayan berpotensi untuk menjalani latihan (sebagai tekong) kerana nelayan kita kini menggunakan khidmat warga asing,” katanya pada satu program bersama nelayan Sandakan, di sini, Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata perkhidmatan tekong perikanan ketika ini terpaksa dilanjutkan kepada lebih 60 tahun kerana kemahiran dan pengalaman mereka masih diperlukan.

“Justeru, pembabitan generasi muda amat diperlukan. Selain pendidikan, pengalaman juga penting dan wajar untuk golongan muda menimba ilmu tentang hidupan laut.”

Advertisement
Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata agensi itu sentiasa melibat sama dengan nelayan muda dan menggalakkan mereka menyertai pusat latihan memancing di bawah Jabatan Perikanan.

“Tetapi, kebanyakan nelayan muda menggunakan kaedah menangkap ikan secara tradisional. Jika berminat untuk mengikuti latihan, mereka boleh menjadi tekong kapal nelayan laut dalam. Dengan itu, kita tidak perlu bergantung kepada tekong asing.

Advertisement
“Menjadi tekong bukan sahaja mempunyai kemahiran mengendalikan kapal nelayan laut dalam, tetapi juga lokasi banyak ikan,” katanya.

Beliau juga berkata LKIM bekerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu untuk memperkasakan industri perikanan menggunakan teknologi baharu, termasuk penggunaan dron.

Pada majlis itu, Mohamad Sabu turut menyampaikan cek cura Elaun Sara Hidup Nelayan Negeri Sabah bagi 2024, Peruntukan Baikpulih Rumah Nelayan di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) Negeri Sabah bagi tahun 2024 dan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) secara tunai kepada 848 ahli PNK Sandakan yang layak.

Elaun Sara Hidup Nelayan Negeri Sabah 2024 berjumlah RM21.1 juta melibatkan seramai 7,502 nelayan di seluruh Negeri.

Peruntukan Baikpulih Rumah Nelayan Negeri di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) Negeri Sabah bagi 2024 berjumlah RM1 juta membabitkan lebih 60 rumah nelayan, dengan kadar maksimum RM15,000 serumah.

Turut disampaikan, cek cura peruntukan Program Peningkatan Kapasiti Nelayan B40 Negeri Sabah bagi tahun 2024 bernilai RM450,000 melibatkan 45 penerima dari Sandakan dan Tawau.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here