Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Industri karbon tawar prospek cerah, beri manfaat ekonomi ketara: ‘Perlu di bawah kuasa Sabah’
Published on: Wednesday, July 17, 2024
Published on: Wed, Jul 17, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Industri karbon tawar prospek cerah, beri manfaat ekonomi ketara: ‘Perlu di bawah kuasa Sabah’
Potensi faedah ekonomi daripada projek berimpak tinggi itu tidak boleh dinafikan dan boleh menyumbang dengan ketara kepada pembangunan dan kewangan negeri, kata Jeffrey.
Kota Kinabalu: Industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) menawarkan prospek yang cerah selain boleh memberi manfaat ekonomi yang ketara kepada Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, bersetuju dengan pandangan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bahawa Sabah antara empat negeri yang berpotensi menjadi peneraju dalam industri berkenaan.

Advertisement
Malah, katanya, potensi faedah ekonomi daripada projek berimpak tinggi itu tidak boleh dinafikan dan boleh menyumbang dengan ketara kepada pembangunan dan kewangan negeri.

Namun, pada masa sama, beliau menekankan kepentingan pengawalseliaan dan pelaksanaan aktiviti CCUS di Sabah yang perlu berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Penting bagi kita (kerajaan negeri Sabah) mempunyai kuasa untuk mengawal selia dan menguruskan aktiviti ini bagi memastikan ia sejajar dengan keperluan dan keutamaan khusus negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Pada Ahad lepas, Rafizi berkata kerajaan telah mengenal pasti Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak sebagai peneraju berpotensi dalam industri CCUS kerana empat negeri itu telah menyahaktifkan telaga minyak dan kemudahan terminal sedia ada yang sesuai untuk aktiviti CCUS.

Advertisement
Menjelaskan selanjutnya, Kitingan berkata langkah mengawal industri CCUS membolehkan Sabah memastikan manfaat ekonomi daripadanya menyumbang secara langsung kepada kesejahteraan rakyat, selain mewujudkan rangka kerja kawal selia yang kukuh bersesuaian dengan konteks alam sekitar dan ekonomi negeri serta menarik pelaburan tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, katanya, kredit karbon yang dijana melalui projek CCUS yang berjaya, dapat menyuntik aliran pendapatan baharu yang ketara, seterusnya meningkatkan kemampuan dan kemampanan kewangan Sabah.

Advertisement
Di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Malaysia menyasarkan untuk menubuhkan tiga hab CCUS menjelang 2030 dengan kapasiti penyimpanan bersama sehingga 15 juta tan setahun (mTpa) – kira-kira 300,000 tong sehari (bpd.

Malaysia telah mengenal pasti sebanyak 16 lapangan yang sumbernya semakin berkurangan dan sesuai untuk CCUS dan menjadi kaedah untuk menghentikan karbon dioksida daripada memasuki atmosfera dan mengurangkan pelepasannya.

Lapangan, yang masing-masing 11 di luar pesisir Sabah dan Sarawak manakala lima lagi di luar pesisir Semenanjung Malaysia, menawarkan kapasiti penyimpanan dianggarkan sebanyak 46 trilion kaki padu untuk simpanan karbon yang selamat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here