Kota Kinabalu: Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) akan mengadakan hari terbuka di Kampus Bandarayanya di Sembulan, di sini, esok (20 Julai).
Pengerusi KKYS merangkap CEO KTYS, Datuk Tah Nia Jaman, berkata hari terbuka kolej itu akan berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 3 petang.
“Semasa hari terbuka, kami menyediakan peluang untuk bakal pelajar dan ibu bapa untuk mengenali KYTS, kursus yang ditawarkan, dan kemudahan yang tersedia,” katanya kepada Daily Express, Rabu.
“Mereka juga boleh mendapatkan maklumat tentang bantuan kewangan pendidikan, termasuk tajaan.”
Beliau menambah KTYS mensasarkan untuk menarik kira-kira 400 bakal pelajar untuk menghadiri hari terbuka tersebut.
KTYS menawarkan lebih 20 program dari peringkat asas dalam sains hingga ke peringkat diploma.
Bidang pengajian termasuk teknologi automotif, teknologi elektrik, keusahawanan, pendidikan awal kanak-kanak, dan perakaunan.