Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Mayat mangsa buaya ditemui
Published on: Saturday, July 20, 2024
Published on: Sat, Jul 20, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Mayat mangsa buaya ditemui
MAYAT diserahkan kepada waris.
KINABATANGAN: Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas diserang buaya ketika memukat di Kampung Sobak Perpaduan, ditemui pagi Jumaat. 

Mangsa yang dikenali sebagai Kami Antong, 35, ditemui pada jarak 1.5km dari lokasi mangsa dilaporkan dibaham reptilia tersebut. 

Advertisement
Dalam kejadian pada petang Selasa (16 Julai), mangsa pergi memukat ikan bersama anak lelakinya di sungai Kampung Sobak Perpaduan. 

Bagaimanapun, anak mangsa yang berusia 10 tahun selamat dalam kejadian tersebut. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu, operasi mencari mangsa melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Hidupan Liar dan orang awam dimulakan sejurus panggilan kecemasan diterima pada Selasa. 

Pencarian dijalankan menggunakan bot orang awam di sepanjang sungai Kampung Sobak Perpaduan sebelum mangsa ditemui pada jam  10.15 pagi Jumaat. 

Advertisement
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada waris. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here