Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Karya terbitan Harian Ekspres ungguli HSS 2022/2023
Published on: Saturday, July 20, 2024
Published on: Sat, Jul 20, 2024
Text Size:
Text:
Karya terbitan Harian Ekspres ungguli HSS 2022/2023
Jasni yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia, dan pengarang bersekutu yang turut memilih karya yang tersiar dalam akhbar ini berkata, perkembangan itu sangat menarik dan menunjukkan karya yang tersiar dalam akhbar ini berkualiti. 
Kota Kinabalu: Sebahagian besar karya yang tersiar dalam ruangan sastera budaya akhbar ini berjaya memenangi Hadiah Sastera Sabah (HSS) bagi tahun penilaian 2022/2023.

Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani berkata daripada 10 buah puisi (eceran) yang menang hadiah HSS, lima daripadanya disiarkan oleh Harian Ekspres

Advertisement
“Sementara itu, tujuh cerpen yang tersiar dalam ruangan ini menang hadiah HSS daripada 10 hadiah yang diumumkan,” katanya, sambil mengucapkan tahniah kepada semua pemenang.

Senarai pemenang diumumkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jasni yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia, dan pengarang bersekutu yang turut memilih karya yang tersiar dalam akhbar ini berkata, perkembangan itu sangat menarik dan menunjukkan karya yang tersiar dalam akhbar ini berkualiti. 

Bagi kategori puisi eceren, antara karya yang tersiar dalam akhbar itu dan memenangi HSS tahun penilaian 2022/2023 ialah “Kisah Babu dan Pemburu”

Advertisement
(HE:13/11/2022) oleh Jelison Jupin, “Pengebumian Tuhan” (HE:10/2/2023) oleh Siti Alimah Kamarudin, “Lelaki Senja dengan Gitar di atas air” (HE: 10/11/2023) oleh Rukimah Pandawa, “Dermaga, Bahtera dan Nakhoda” (HE:3/12/2023) oleh Hasmin Azroy Abdullah, dan “Tanya Keramat Ibu” (HE :11/12/2022) oleh Mohd Ashrafi Harumin.

Manakala dalam genre cerpen ialah, “Sejarah yang dinafikan” (HE:19/2/2023) oleh Maburin@ Ramlee Jainin, “Rumahnya senget” (HE:17/12/2023), oleh Juri Durabi, “Beberapa Cerita yang Muncul di Kota Madinah” (HE:26/3/2023 oleh Jasni Matlani. 

Advertisement
Seterusnya cerpen “Jentayu yang Bersembunyi di Balik Pohon Gandasuli (HE: 7/8/2022, oleh Salvia Rose, “Masak Lemak Umbut Kelapa” (HE:3/9/2023 oleh Aminah Sambion, “Wad Perempuan Katil No. 9” (HE:16/4/2023) oleh Mukadis Majid @R.Disma dan “Kerana Mariah” (HE: 24/12/2023) oleh Kathirina Tati.

Jasni turut mengucapkan tahniah kepada pengarang Harian Ekspres yang memilih karya bermutu sehingga berjaya memenangi HSS.

Pihak DBP mengumumkan majlis penyampaian hadiah akan diadakan semasa Majlis Anugerah Pena Kinabalu (Mapena) pada 6 September depan, di sini. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here