Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Mohon henti sebar maklumat tidak tepat - Ibu kanak-kanak perempuan hilang
Published on: Monday, July 22, 2024
Published on: Mon, Jul 22, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Mohon henti sebar maklumat tidak tepat - Ibu kanak-kanak perempuan hilang
ISKANDAR PUTERI: Ibu kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang ketika berada di sebuah pusat beli-belah di sini, Sabtu lepas, memohon orang ramai menghentikan penyebaran maklumat tidak tepat mengenai anaknya sehingga menjejaskan siasatan polis.

Leo Qieo Xin (gambar), 37, yang berada di pusat beli-belah berkenaan sejak kejadian itu berlaku berkata dia sangat khuatir akan keselamatan anaknya Albertine Leo Jia Hui yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik.

Advertisement
Wanita itu juga memaklumkan beliau akan terus berada di lokasi kehilangan sehingga kanak-kanak itu dijumpai.

“Saya sangat marah dan kecewa apabila banyak berita tidak tepat mengaitkan hal kehilangan anak saya. Tolonglah hentikan.. saya sangat sedih dengan kejadian ini, saya tidak selera makan sebab terlalu risau,“ katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kanak-kanak itu dilaporkan hilang di sini hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kejadian itu difahamkan berlaku ketika berlangsungnya festival Bon Odori yang berakhir semalam dengan Leo Qieo Xin berniaga menjual minuman di festival itu.

Sementara itu, tinjauan Bernama di pusat beli-belah tersebut mendapati dua ekor anjing pengesan dari Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) digunakan untuk mengesan kanak-kanak itu.

Advertisement
Premis perniagaan di pusat beli-belah itu bagaimanapun beroperasi seperti biasa.

Dalam pada itu, beberapa pihak menawarkan wang ganjaran berjumlah sehingga RM50,000 kepada pihak yang berjaya menemukan kanak-kanak itu menerusi media sosial.

Advertisement
Semalam, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan dilapor meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Albertine Leo Jia Hui yang disedari hilang oleh bapanya di sebuah pusat beli-belah di sini kira-kira 8.30 malam, pada Sabtu.

Kumarasan dipetik berkata kanak-kanak berketinggian lebih kurang 120 sentimeter, rambut panjang berwarna hitam, kulit cerah dan tubuh sederhana kurus itu memakai kemeja T berwarna putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ pada bahagian dada dan berseluar pendek.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here