Tue, 9 Jun 2026
Headlines:
‘Lirik lagu perlu tepati ciri agar malar segar’
Published on: Tuesday, July 23, 2024
Published on: Tue, Jul 23, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
‘Lirik lagu perlu tepati ciri agar malar segar’
PENULIS lirik, Datuk Habsah Hassan yang juga rakan karib Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad ketika ditemuramah di pejabatnya di Taman Tun Dr Ismail baru-baru ini. – fotoBERNAMA
PENULIS lirik tersohor tanah air Datuk Habsah Hassan berpendapat sesebuah lagu berpotensi menjadi malar segar sekiranya dilengkapi lirik yang baik, termasuk mempunyai jalan cerita, unsur puitis dan kosa kata yang tepat.

Katanya, ciri-ciri itu penting bagi meninggalkan kesan mendalam kepada pendengar.

Advertisement
“Pada saya, penulisan lirik (lagu) ini seperti menulis cerpen, kena ada tema, cerita, awal, pertengahan, dan akhirnya apa... barulah lirik yang dihasilkan itu dapat bertahan lama dan malar segar.

“Saya tidak kata penulis lirik sekarang salah, kerana kehidupan manusia hari ini segalanya ringkas dan terus-terang. Saya lihat ini sebagai satu trend sekarang, iaitu corak penulisannya begitu (guna bahasa ringkas),” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau yang sudah 50 tahun berkecimpung dalam penulisan lirik, berkata sebagai penulis, karya yang dihasilkan adalah berdasarkan pemikiran sendiri dan pemerhatian terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan harian. 

Menurut beliau, lagu yang mempunyai lirik dan komposisi berkualiti boleh menjadi “talian hayat” kepada penulis lirik dan juga penyanyi itu sendiri pada masa akan datang menerusi bayaran royalti yang diterima setiap kali lagu mereka diputarkan kepada umum.

Advertisement
“Jika pergi ke majlis perkahwinan (sekarang), mereka tidak minta lagu-lagu sekarang (semasa), sebaliknya mencari lagu dahulu (malar segar). Orang-orang muda sekarang tidak faham, hasil royalti ini bergantung pada kekerapan lagu itu dimainkan di radio, televisyen dan khalayak ramai.

“Jadi, kalau lagu (kita) tidak dimainkan, setakat setahun dua sahaja (dimainkan), bagaimana mahu dapat royalti? Lihat sahaja lagu-lagu malar segar gubahan Datuk M. Nasir, Datuk Ahmad Nawab, Datuk S. Atan, sampai sekarang (mereka) masih memungut hasil royalti, walaupun tidak banyak (tapi)  tetap membuahkan hasil,” katanya.

Advertisement
Berkongsi tip, penerima Anugerah Sepanjang Hayat di Anugerah Bintang Popular ke-34 itu, menasihati penulis muda yang ingin serius dalam bidang tersebut agar banyakkan pembacaan, tingkatkan pemerhatian terhadap persekitaran dan terus menimba ilmu.

Ditanya antara bakat muda yang menyerlah dalam penulisan lirik, Habsah menamakan Aina Abdul, Naim Daniel serta Hael Husaini, yang katanya boleh pergi jauh dalam bidang itu sekiranya dibimbing dengan baik.

Sepanjang kerjayanya hingga kini, Habsah menghasilkan lebih 1,000 lirik lagu yang rata-rata menjadi malar segar, antaranya Merisik Khabar (Sudirman), Menaruh Harapan (Zaiton Sameon), Cinta Beralih Arah (Aishah), Ceritera Cinta (Jaclyn Victor dan Rio Febrian), Ku Percaya Ada Cinta (Siti Nurhaliza) dan Pulangkan (Misha Omar).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here