Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Contohi perjuangan presiden parti
Published on: Tuesday, July 23, 2024
Published on: Tue, Jul 23, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Contohi perjuangan presiden parti
MIZMA bersama jentera parti, ketua cawangan, AJK dan ahli pada mesyuarat berkenaan.
LAHAD DATU: Jentera dan ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) disaran agar mengikuti langkah Presiden parti, Datuk Seri Hajiji Noor dalam perjuangan politik.

Ketua PGRS Bahagian Silam, Datuk Mizma Appehdullah berkata, perjuangan Presiden yang ibarat pepatah ‘diam-diam ubi berisi’ adalah lebih baik berbanding mekanisma perjuangan yang berlandaskan provokasi atau janji manis.

Advertisement
Mizma berkata, apa yang penting dalam perjuangan politik adalah sentiasa bekerja dan prihatin terhadap rakyat.

“Kita harus sokong dan contohi Presiden kita, meskipun beliau tidak banyak bercakap, namun beliau tidak pernah berhenti bekerja dan sentiasa prihatin terhadap rakyat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita juga harus tanamkan kesetiaan terhadap parti kita dan ikhlas kerana kita perlu jalankan amanah yang diberikan kepada kita, iaitu berjuang untuk rakyat,” katanya.

Mizma berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Cawangan Berkelompok bagi 14 cawangan di bawah Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandar Lahad Datu.

Advertisement
Dalam ucapannya, Mizma juga berharap ahli parti meneruskan kerjasama yang padu dan terus mengukuhkan hubungan antara ahli parti.

Mizma berkata, ketua cawangan, jentera dan ahli juga harus bijak merangka strategi dalam memantapkan perjuangan agar PGRS terus menjadi pilihan rakyat.

Advertisement
“Mari kita sama-sama kekalkan semangat perjuangan kita, luruskan niat dan semai semangat setiakawan agar kita mendapat kuasa seterusnya membangun kawasan dan masyarakat di kawasan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mizma turut mengingatkan ahli agar menjauhi sebarang perbuatan khianat kepada parti.

Katanya, pengalaman lalu telah menunjukkan bahawa ada ahli yang menyarung baju parti ini, tetapi menyokong parti itu dan ini, adalah permainan politik yang tidak elok.

Mizma berkata, fikiran dan tindakan kita haruslah seiring kerana perbuatan seumpama ini tidak mendatangkan faedah kepada mana-mana pihak, terutamanya rakyat.

“Biarlah kita telus dan jujur dalam berpolitik kerana perjuangan kita ini bukan untuk diri kita sendiri tetapi untuk anak cucu kita dan generasi akan datang,” tambahnya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here