Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hon curi tumpuan pada Marathon Ultra Sulaman
Published on: Thursday, July 25, 2024
Published on: Thu, Jul 25, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Hon curi tumpuan pada Marathon Ultra Sulaman
HON dengan hadiah juara keseluruhannya.
Kota Kinabalu: Pelari wanita veteran Hon Li Min mencuri tumpuan pada Marathon Ultra Sulaman yang diadakan di Arena Futsal Tuaran hujung minggu lalu.

Dia mengatasi pelari lelaki dengan mencatat masa terpantas dalam 4:40:46 untuk merangkul gelaran 50km veteran wanita serta gelaran keseluruhan.

Advertisement
Sue Lynn Ho yang menduduki tempat kedua turut mencatatkan satu lagi masa pantas 4:44:49 diikuti oleh Margretta Walther (6:18:37).

Bonaventure Sinusun yang merangkul kejuaraan terbuka lelaki hanya mencatat masa 4:43:30 dalam perlumbaan 50km diikuti Muliady Lim (4:59:48) dan Mohd Azri Tinggal (5:01:42).

PENGARAH perlumbaan Norliza Sinail (kiri) bergambar bersama pemenang lelaki dan wanita (dari kiri) Muliady, Bonaventure, Azri dan Jessica Suip, Shazanah, Nur Ainulhakimah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Gelaran terbuka wanita disandang Shazana Nabilah Ayob (5:50:07) dan di tempat kedua ialah Nur Ainulhakimah Mahmud (5:52:45) dan Jessica Suip (6:06:40) di tempat ketiga, manakala tiga tempat teratas dalam kategori 50km veteran lelaki menjadi milik Thomas Cheuk Hin Kong (5:03:26) Fazlie Mohd Thani (5:18:58) dan Jason Tai (5:19:04).

Perlumbaan sejauh 25km itu menyaksikan Elvince Jimes merangkul kejuaraan terbuka lelaki mendahului Ramilus Chanti Ram dan Calvin Rowell Rompog, manakala

Advertisement
Ryehana Rajap, Adrine Sofhiatie Ladura dan Dedriana David menduduki tiga tempat teratas dalam kategori wanita.

Dalam kategori veteran, pemenang lelaki ialah Halid Numin diikuti oleh Kevin Yuen Juan Lee dan Roy Francis. Gelaran wanita disandang Irene Kia Al Goh dan di tempat kedua ialah Laslin Sarawi Aslin dengan Nur Azra Syazwina Adullah Manu di tempat ketiga.

Advertisement
Terdapat juga fun run sejauh 6km diadakan dan tiga pemenang teratas dalam setiap kategori ialah Irafan Izz Affandi, Stowell Muller Raynell, Adriel Aron Velin (terbuka remaja lelaki); Mohd Fadzli Patman, Ahmad Syukri Mohd Tamiri, Azlan Loso (terbuka lelaki); Emelda Riano, Lindsay Joe, Nurul Anis Berudin (terbuka remaja wanita); Zettee A Ramawie, Bernadette Matin, Doris Ng (terbuka wanita).

Acara anjuran Demi Masa itu mendapat sokongan Jabatan Ketua Menteri, Pelancongan Malaysia, Nutrisi N8, Pertubuhan Perlumbaan Ultra Malaysia, PDRM dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Ia menarik seramai 520 peserta termasuk penyertaan asing dari Brunei, Filipina, Singapura, UK, Indonesia dan Thailand dengan 160 dalam kategori 50km, 180 setiap satu dalam kategori 25km dan 6km.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Mohammad Ghazali Hajiji yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here