Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Wanita sarat mengandung didakwa terima deposit awam tanpa lesen
Published on: Friday, July 26, 2024
Published on: Fri, Jul 26, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Wanita sarat mengandung didakwa terima deposit awam tanpa lesen
NORHAFIZA (tengah) diiring keluar dari kamar mahkamah selepas prosiding pada Khamis.
TAWAU: Seorang ahli perniagaan wanita, 30, didakwa atas tiga pertuduhan menerima deposit awam tanpa lesen sah membabitkan skim pelaburan emas bernilai lebih RM5 juta. 

Norhafiza Abbas, yang sarat mengandung tujuh bulan, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad, terhadap semua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Norhafiza didakwa bersetuju menerima deposit awam tanpa lesen sah daripada orang ramai antara 30 Mei  hingga 20 Julai 2023 di Lot No.B5, Tingkat 1, Pusat Komersil Gaya, Jalan Guru, di sini.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima deposit tanpa lesen sah melalui akaun Maybank di bawah nama Abbas Family Enterprise dan akaun simpanan Maybank milliknya di Jalan Mahkamah, Kompleks Fajar, antara 21 Mei hingga 17 Jun 2023.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Untuk pertuduhan ketiga, dia didakwa menerima deposit haram menerusi akaun Public Bank milik Zerina Collection dan akaun bank Zerina Collection Sdn Bhd, di Public Islamic Bank, Kompleks Fajar, antara 23 Mei hingga 14 Julai 2023.

Kesalahan di bawah Seksyen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137 (2) Akta sama itu membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM50 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Norhafiza dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10, 000 bagi setiap pertuduhan serta dua orang penjamin tempatan.

Mahkamah menetapkan 22 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Advertisement
Mahkamah juga memerintahkan Norhafiza melapor diri sebulan sekali kepada pegawai penyiasat kes, menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah, jika ada, tidak mengganggu saksi pendakwaan dan hadir di mahkamah setiap kali sebutan kes.

Terdahulu, Norhafiza yang tidak diwakili, memohon dibenarkan untuk diikat jamin kerana sedang mengandung tujuh bulan dan mempunyai tiga anak kecil di rumah.

“Saya hanya mahukan perkara yang baik untuk anak-anak saya,”katanya.

Dia mendakwa, dia juga tidak mampu membayar wang jaminan terlalu tinggi kerana dia dan suami tidak bekerja, malah akaun bank miliknya masih dibekukan ekoran kes itu. 

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Syahnidzam Ahmad mencadangkan ikat jamin RM10,000 serta dua orang penjamin tempatan untuk setiap pertuduhan serta beberapa syarat tambahan dikenakan ke atas Norhafiza. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here