Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Stesen minyak lebih RM1.6 juta dalam pembinaan di Kunak
Published on: Friday, July 26, 2024
Published on: Fri, Jul 26, 2024
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Stesen minyak lebih RM1.6 juta dalam pembinaan di Kunak
Liew turut menggesa Pengerusi PPK Kunak supaya memainkan peranan lebih gigih dalam meneraju pertubuhan itu. - FOTO Bernama.
KUNAK: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kunak melangkah setapak lagi ke arah meningkatkan pendapatannya dengan memulakan projek membina sebuah stesen minyak.

Difahamkan projek pembinaan stesen minyak itu dianggarkan bernilai lebih RM1.6 juta. Projek ini, sedang dalam fasa pembinaan, dijangka mula beroperasi awal tahun hadapan.

Advertisement
Penasihat Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah, Tan Sri Liew Yun Fah berkata projek itu dijangka akan memberi manfaat kepada PPK Kunak dan ahli-ahlinya.

Ia dijangka dapat memudahkan orang ramai memandangkan stesen minyak itu terletak di laluan utama menghubungkan Kunak dan Tawau. Lokasi ini akan menjadi penghubung jalan utama di antara kedua-dua daerah dan sekitarnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kemudahan stesen minyak ini akan memberi peluang dan kemudahan kepada ahli-ahlinya, selain menambah pendapatan mereka khususnya Pertubuhan Peladang Kawasan,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-29 PPK Kunak, yang diadakan di Dewan SMK Kunak di sini, baru-baru ini.

Liew turut menggesa Pengerusi PPK Kunak supaya memainkan peranan lebih gigih dalam meneraju pertubuhan itu.

Advertisement
Beliau menegaskan kepentingan membantu ahli-ahli Peladang meningkatkan hasil ekonomi mereka dengan pelbagai program dan projek pertanian, penternakan, perusahaan desa dan akuakultur khasnya dalam meningkatkan produktiviti makanan.

Liew yang juga Pengerusi Kumpulan Desa di Sabah berkata, banyak bantuan disediakan menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan khususnya bagi membantu golongan petani mahupun penternak di negara ini.

Advertisement
Turut hadir, Pengurus Besar PPK Kunak Firdaus Pungawa, Pegawai Penyelia Pejabat Penyelia LPP Wilayah Tawau Aqmal Asraf Salleh, Design Project Manager Flow Fuel Oil & Gas, Rozainy Mohamad (Xcel Petroleum Sdn Bhd), dan Pengerusi Persatuan Jalinan Kasih Harapan Rakyat Sabah, Sammie Liew Sam Yi.

Sementara itu, Pengerusi PPK Kunak yang juga Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang negeri Sabah, Datuk Supardianshah Suyuti berkata projek membina stesen minyak itu terletak di Batu 5, Cenderawasih di pinggir jalan utama Kunak - Tawau, di sini.

Beliau menggambarkan stesen minyak PPK Kunak itu satu wawasan dan matlamat yang jitu dan bakal menjadi satu ikon dan kebanggaan ahli-ahlinya.

“Projek ini telah melalui beberapa fasa pembangunan dan proses pembinaan sedang berjalan”, katanya.

Dalam perkembangan lain, Supardianshah berkata urusniaga kelapa sawit merupakan urusniaga utama PPK Kunak. Tahun lepas, pertubuhan itu mengutip hasil sebanyak RM10.06 juta dengan keuntungan perniagaan berjumlah RM308,000.

Tambahnya, PPK Kunak akan sentiasa memberikan perkhidmatan selain aktiviti seperti lawatan ladang ahli, jualan barangan keperluan ladang dan pelbagai aktiviti perusahaan.

“Saya menyeru kepada Ketua-ketua Unit dan perwakilan agar teruskan menyokong dan berdiri di belakang PPK Kunak.

Sejak ditubuhkan pada September 1995, PPK Kunak sehingga kini mempunyai seramai 2,051 ahli dengan jumlah saham berbayar sebanyak RM244,162”, katanya.

“PPK Kunak juga berjaya melahirkan seramai 31 usahawan,” katanya.

Selain merangka pelbagai program peningkatan pendapatan PPK, pertubuhan itu turut melaksanakan program sosial bagi membantu masyarakat menerusi beberapa aktiviti yang dijalankan.

Pada majlis itu, pelbagai anugerah disampaikan kepada ahli-ahli dan usahawan PPK Kunak. 

Pada majlis, cek replika bernilai RM451,430 diberikan kepada lima peserta di bawah Program Geran Pemadanan Pemerkasaan Usahawan atau Rise-Up.

Selain itu, Geran Pemadanan Program Pemilikan Jentera Kecil dan Sederhana berjumlah RM79,422 juga diberikan kepada lima peserta PPK Kunak.

Kesemua geran berkenaan sumbangan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here