Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penubuhan Pusat Pembelajaran UTem di Lahad Datu perkasa TVET di Sabah
Published on: Friday, July 26, 2024
Published on: Fri, Jul 26, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Penubuhan Pusat Pembelajaran  UTem di Lahad Datu perkasa TVET di Sabah
YUSOF menyaksikan majlis menandatangani MoU antara MPOB dan UTem.
LAHAD DATU: Penubuhan Pusat Pembelajaran Universiti Teknikal Melaka (UTem) di daerah ini disifatkan sebagai langkah awal untuk membawa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ke Sabah.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Mohd Yusof Apdal berkata, pusat pembelajaran UTem yang akan diwujudkan di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Lahad Datu ini adalah sebahagian langkah untuk memenuhi keperluan dasar TVET negara.

Advertisement
Katanya, kewujudan pusat pembelajaran UTem ini diharapkan dapat menjadi pusat TVET di negeri ini memandangkan bidang TVET adalah terbaik dalam mewujudkan peluang yang cerah untuk pelajar.

“Kita amat berterima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui UTem dan Kementerian Perladangan dan Komoditi melalui MPOB yang telah bersetuju serta bekerjasama dalam mewujudkan pusat pembelajaran ini,” katanya menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara MPOB dan UTem, Khamis. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Yusof yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu, kewujudan pusat pembelajaran ini juga dapat memenuhi keperluan setempat selaras dengan usaha memperkasakan bidang TVET di negara kita.

Usaha ini, tambahnya, juga dapat memastikan masyarakat di Sabah dan Sarawak tidak ketinggalan dalam menguasai bidang TVET sekaligus dapat mengatasi isu pengangguran.

Advertisement
Sementara itu, Naib Canselor UTeM Profesor Datuk Dr. Massila Kamalrudin berkata, UTem akan fokus kepada program teknikal dan akan bermula dengan program berteraskan IT seperti AI, ‘Software Technology’ dan IOT (Internet Perkara) perladangan di pusat pembelajaran ini.

Menurut Massila, pusat pembelajaran ini telah bersedia untuk beroperasi pada bila-bila masa, tetapi UTem secara formalnya akan melalui UP TVET dan akan memperkasakan UP TVET untuk program persisir di Lahad Datu untuk bidang-bidang yang berteraskan teknikal lanjutan.

Advertisement
“Ini merupakan pusat pembelajaran kita yang pertama di Lahad Datu dan Sabah, dan kita mahu ia menjadi pusat Akademi TVET mewakili UTem yang akan kita kumpulkan disini. Untuk jangka masa panjang, kita berharap pusat pembelajaran ini dapat berkembang menjadi kampus satelit UTem di Borneo,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here