Kota Kinabalu: Sabah miskin kerana kekayaan dan haknya dirampas sejak enam dekad lalu oleh parti berpangkalan di semenanjung, kata Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanahairku (StarSabah), Datuk Kenny Chua.
“Kerajaan Negeri GRS dan rakyat Sabah mewarisi legasi yang menyedihkan ini. Semua rakyat Sabah kini sudah menyedari perkara ini dan itulah sebab nombor satu mengapa kita mahu ditadbir oleh parti tempatan.
“Rakyat Sabah mahu menjadi seperti jiran Borneo kita, Sarawak, yang begitu kukuh dari segi ekonomi dan stabil dari segi politik kerana ia ditadbir oleh parti-parti Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.
Chua mengulas Pengerusi BN Sabah Datuk Bung Moktar Radin yang mendakwa Sabah miskin kerana ditadbir oleh parti tempatan.
Advertisement





