Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Curi RM24.2 juta: Dua pengurus bank antara 10 didakwa
Published on: Friday, July 26, 2024
Published on: Fri, Jul 26, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Curi RM24.2 juta: Dua pengurus bank antara 10 didakwa
TIGA tertuduh wanita termasuk dua pengurus bank, diiring ke van polis selepas prosiding. – Gambar Rahim Matnin.
Kota Kinabalu: Sepuluh individu, termasuk dua pengurus bank, didakwa di Mahkamah Sesyen pada Khamis atas tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang yang dikaitkan dengan pengeluaran RM24.2 juta daripada akaun simpanan tetap.

Mereka ialah kontraktor Josepin J. Langkan, 38; Subramaniam Thangavelu, 56, seorang guru; Nasir Abdul Rasid, 60, pesara; Iren Chin Nyuk Thien, 38, dan Christina @ Caroline Pianus Etip, 53, kedua-duanya pengurus cawangan bank; Sugumaran K. Ponniah, 56, bekerja sendiri; Vireonis Jonok, 35, penganggur; Leong Hin Ping, 62, pesara; Hasran Magin, 46, seorang nelayan; dan Mazlani Jenuary, 53, penganggur.

Advertisement
Kesemua 10 tertuduh, yang dibawa ke hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan, didakwa sementara menganggotai kumpulan penjenayah terancang yang terlibat dalam kesalahan serius untuk faedah material kumpulan itu yang diketuai Josepin J. Langkan, antara 26 April dan 10 Julai 2024 di cawangan MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) di sini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada 10 yang didakwa secara individu mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara lima tahun dan 20 tahun, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pengakuan mereka hanya akan diambil setelah kes mereka dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan menyatakan bahawa Josepin didakwa melakukan jenayah itu antara 26 April dan 17 Jun, Subramaniam (antara 9 Mei dan 4 Julai), Nasir (antara 26 April dan 1 Julai), Chin (antara 26 April dan 13 Jun), Christina (antara 9 Mei dan 17 Jun), Sugumaran (antara 17 Mei dan 3 Julai), Vireonis (antara 5 Jun dan 26 Jun), Leong (antara 26 April dan 10 Julai), Hasran (antara 26 April dan 1 Jun) dan Mazlani (antara April 26 dan 4 Julai).

Advertisement
Hakim Amir menetapkan 13 Sept untuk sebutan lanjut dan memerintahkan semua tertuduh direman lanjut mengikut Seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Lina Hanini Ismail, yang hadir bersama DPP Maryam Jamielah Ab Manaff, tidak menawarkan ikat jamin terhadap kes tertuduh yang diklasifikasikan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Advertisement
DPP Lina memohon tempoh dua bulan untuk tarikh sebutan, atas sebab memerlukan masa untuk mendapatkan kebenaran pendakwaan.

Kesemua peguam yang mewakili tertuduh, kecuali Hasran, memohon tarikh sebutan lebih awal, dengan alasan tempoh dua bulan itu terlalu lama dan beberapa peguam berhujah mereka diarah memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi untuk permohonan ikat jamin.

Hasran, yang tidak diwakili, juga meminta tarikh sebutan lebih awal.

DPP Lina berhujah bahawa tertuduh boleh memfailkan notis usul permohonan ikat jamin ke Mahkamah Tinggi pada bila-bila masa tanpa menunggu kebenaran untuk mendakwa.

Menjawab pertanyaan mahkamah mengenai sebarang sebab-sebab keselamatan terbabit, DPP Lina mengesahkan ia adalah kes kepentingan awam yang melibatkan Sosma.

Subramaniam diwakili peguam Datuk Ram Singh; Josepin dan Vireonis oleh peguam Hairul V Othman dan Luke Ressa Balang; Sugumaran, Nasir dan Leong oleh peguam Dominic Chew dan Ariel Dasan; Irene oleh peguam Mohd Al Hafidz Mohd Lokman dan Luqman Syazwan Zabidi; Christina oleh peguam Arthur Borine dan Mazlani oleh peguam Datuk Marzuki Spawi.

Terdahulu dilaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, polis sebelum ini telah menahan 14 suspek berusia antara 26 dan 63 tahun berhubung kes itu susulan serbuan di Sabah dan semenanjung, serta ditahan di bawah Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Ramli menambah, sindiket itu telah mula merancang “rompakan” tersebut sejak akhir tahun lepas dan mula mengaktifkan rancangan mereka dari Mac hingga Jun.

“Sindiket itu telah merancang dan menjalankan aktiviti mengambil wang daripada akaun simpanan tetap, termasuk menggunakan MyKad palsu untuk menjalankan transaksi dan memanipulasi pengimbas cap jari yang digunakan oleh bank untuk tujuan pengesahan,” katanya.

Bulan lalu, media melaporkan polis telah menahan seorang pekerja bank yang disyaki terlibat dalam pengeluaran simpanan tetap berjumlah RM24.2 juta daripada empat akaun, dan suspek kemudian dikenal pasti sebagai wanita berusia 38 tahun yang ditahan di Kota Kinabalu, Sabah.

Penahanan itu dibuat selepas polis menerima empat laporan daripada pemegang akaun dan kakitangan bank pada awal Jun di Petaling Jaya, Selangor, apabila mangsa menyedari pengeluaran wang tunai yang mencurigakan dibuat di Kota Kinabalu membabitkan akaun simpanan tetap mereka.

Beliau berkata kesemua pemegang akaun terbabit menafikan sebarang pengetahuan mengenai transaksi itu, dan berkata mereka tidak pernah ke Kota Kinabalu untuk membuat pengeluaran.

Polis kemudian menahan 14 suspek, termasuk empat pegawai bank dan seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ selepas melakukan serbuan di Perlis dan Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here