Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Sokongan penuh kekang ancaman
Published on: Friday, July 26, 2024
Published on: Fri, Jul 26, 2024
Text Size:
Text:
Sokongan penuh kekang ancaman
HAJIJI menerima cenderamata daripada Ruji, disaksikan oleh Saifuddin selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Esszone.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri akan terus memberikan sokongan penuh dan kerjasama padu kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan semua pasukan keselamatan, dalam mengekang ancaman pencerobohan anasir asing dan militan, anasir keganasan (fahaman pelampau), kebanjiran pendatang tanpa izin (PTI) dan jenayah rentas sempadan, khususnya di Zon Selamat Sabah Timur (Esszone). 

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) amnya dan Esscom, khasnya, terus giat mengadakan operasi bagi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara daripada dibolosi oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengganggu gugat ketenteraman Sabah. 

Advertisement
“Sejajar dengan pemerkasaan hala tuju Sabah Maju Jaya, saya amat menyokong inisiatif penambahbaikan infrastruktur, aset, sumber manusia dan keperluan agensi keselamatan, penguatkuasaan dan pertahanan bagi memastikan tahap kebolehoperasian dan kesiapsiagaan berada pada tahap tertinggi,” katanya pada Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Esszone Bilangan 1, Tahun 2024 di Menara Kinabalu pada Khamis. 

Hajiji dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempengerusikan bersama mesyuarat itu. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Ketua Setiausaha KDN Datuk Ruji Ubi, Peguam Besar Negeri Datuk Brenndon Soh dan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ag Shahminan Ag Sahari. 

Ketua Menteri berkata, sebagai sebahagian daripada Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA), Sabah berada pada kedudukan lokasi yang sangat strategik dengan Pantai Timur Sabah sebagai hab pertumbuhan ekonomi baharu kerana hampir dengan EAGA lain.
Advertisement
Hajiji berkata, pewujudan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara di Kalimantan Timur juga akan menambah merit dan keunggulan Sabah. 

“Perkembangan-perkembangan positif ini wajar diambil peluang kerana kebanjiran manusia dan perusahaan ke Borneo akan memangkin pertumbuhan ekonomi negeri ini. 

Advertisement
“Kerajaan percaya pelabur domestik dan antarabangsa boleh menerokai sub-rantau ini dengan pasaran lebih 70 juta pengguna dan berkembang,” katanya. 

Beliau berkata, Esscom telah menjadi jenama keselamatan yang dijadikan rujukan oleh pihak luar negara untuk membuat pelaburan. 

Menurutnya, kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan melalui KDN amat diperlukan bagi memastikan perancangan pembangunan ekonomi Sabah dapat dilaksanakan dengan jayanya. 

Katanya, Kerajaan Negeri komited memastikan situasi keselamatan di sempadan maritim meliputi kawasan gugusan kepulauan, pesisiran dan sungai serta sempadan daratan, khususnya di Esszone, dalam keadaan baik dan terkawal. 

Hajiji berkata, ini kerana keluasan maritim yang besar di Sabah merupakan penyumbang kepada penjanaan kemakmuran ekonomi kepada Malaysia sebagai sebuah wilayah perairan yang tidak lepas daripada ancaman keselamatan serta aktiviti jenayah merentasi sempadan. 

“Oleh itu, penyelarasan jitu antara Kerajaan Negeri dengan KDN melalui semua agensi di bawahnya seperti Esscom akan sentiasa digembleng bagi menangani isu-isu tersebut di Sabah, khususnya, dan di Malaysia, amnya, melalui langkah-langkah proaktif dan strategik bagi memelihara kedaulatan, mencegah dan membanteras ancaman keselamatan dari terus berlaku pada masa hadapan,” tegasnya. 

Hajiji berharap melalui Mesyuarat Jawatankuasa Bersama itu, mereka akan dapat mencapai muafakat dalam meningkatkan lagi pelaksanaan operasi keselamatan dan program mensejahterakan rakyat, seterusnya meningkatkan keyakinan masyarakat di wilayah ini. 

Sementara itu, Hajiji dan Saifuddin turut menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing Di Sabah (JKPWAS-INDUK) Bil 1, Tahun 2024 di Menara Kinabalu. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here