SANDAKAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada Sabtu menahan reman dua beranak kerana disyaki terlibat dalam pengeluaran pas lawatan IMM 13 yang didalangi oleh beberapa petugas sebuah agensi penguatkuasa di daerah ini.
Perintah reman selama tujuh (7) hari sehingga 2 Ogos 2024 terhadap dua beranak terbabit telah dikeluarkan oleh Majistret Marilyn Kelvin setelah permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Sandakan, pagi Sabtu.
Menurut sumber, suspek pertama yang berusia 50an dipercayai melakukan perbuatan tersebut bersama anak perempuannya yang berusia sekitar 30an.