Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Penggunaan darah di Hospital Tawau dijangka meningkat
Published on: Monday, July 29, 2024
Published on: Mon, Jul 29, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Penggunaan darah di Hospital Tawau dijangka meningkat
DR Norlimah (duduk tiga dari kanan) dan Dr. Nurul Huda (duduk tiga dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama antara penerima anugerah.
TAWAU: Penggunaan darah pesakit di Hospital Tawau dijangka akan meningkat apabila bangunan baharu hospital beroperasi kelak, memandangkan lebih banyak subkepakaran bakal ditawarkan bagi merawat pesakit-pesakit di daerah ini.

Ketua Unit Perubatan Transfusi Hospital Tawau, Dr. Nurul Huda Abd Kadir berkata, ketika ini, lebih kurang 200 hingga 250 beg darah diperlukan pada setiap minggu untuk kegunaan para pesakit di hospital daerah itu.

Advertisement
“Angka ini sudah pasti akan meningkat apabila bangunan baharu hospital mula beroperasi…Darah diperlukan untuk kes-kes pembedahan dan membantu mangsa kemalangan yang kehilangan darah.

“Begitu juga dengan rawatan bagi pesakit leukemia, kanser, kegagalan buah pinggang dan thalassaemia,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Penderma Darah yang dirasmikan Pengarah Hospital Tawau, Dr. Norlimah Arsad, di sini, pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sehubungan itu, Dr. Nurul Huda meminta masyarakat daerah ini untuk tampil menderma darah secara konsisten bagi membantu memenuhi keperluan penggunaan darah yang berterusan. 

“Andalah Adiwira kami. Bila pulang nanti sampaikanlah mesej-mesej pendermaan darah kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran-jiran anda untuk tampil menderma darah.

Advertisement
 “Diharapkan apa yang dilaksanakan ini mampu memberikan senyuman kepada mereka yang memerlukan,” katanya lagi.

Sementara itu, Dr. Norlimah berkata, pihaknya amat menghargai jasa para penderma darah yang sudah berkorban masa dan tenaga untuk menderma darah bagi membantu pesakit-pesakit memerlukan.

Advertisement
Katanya, penghargaan itu dizahirkan menerusi penganjuran majlis apresiasi dengan memilih lima kategori anugerah kepada para penderma darah yang sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Lima anugerah tersebut, katanya, adalah Anugerah penderma Platelet Aferesis yang disampaikan kepada kepada tiga penerima, Anugerah Penderma Darah lebih 60 kali (dua orang) dan Anugerah Penderma Rhesus (D) Negatif (empat orang).

Turut disampaikan adalah Anugerah Penderma Paling Kerap Kategori Lelaki kepada lapan orang penerima dan Anugerah Penderma Paling Kerap Kategori Perempuan (dua orang).

Menurutnya, program itu diadakan sempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia tahun 2024 peringkat Hospital Tawau, yang disambut 14 Jun setiap tahun dengan tema tahun ini  ‘20 years of celebrating giving: Thank you blood donors’.

Katanya, pada 14 Julai lalu, sebanyak 324 beg darah berjaya dikumpul pada program derma darah besar-besar sempena sambutan tersebut yang diadakan Hospital Tawau dengan kerjasama Parlimen Tawau dan agensi-agensi lain.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here