SANDAKAN: Sejumlah 1,000 liter disyaki minyak petrol bersubsidi telah dirampas Maritim Malaysia Zon Sandakan di perairan dekat Kampung Bonggaya Baru pada Isnin malam.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain, berkata sebuah kapal dipercayai penyeludup berjaya ditahan dalam aksi kejar buru pada pukul 11.25 malam.
Hasil pemeriksaan kemudiannya mendapati kapal dengan dua enjin sangkut 40 kuasa kuda setiap satu itu tidak mempunyai nombor pendaftaran. Walau bagaimanapun, seorang suspek berjaya melarikan diri.
Kapal termasuk barang kawalan dan enjin sangkut dianggarkan berjumlah lebih RM21,000 telah dirampas dan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat.