Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Klinik Kesihatan di Sabah perlu 210 doktor: James
Published on: Wednesday, July 31, 2024
Published on: Wed, Jul 31, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Klinik Kesihatan di Sabah perlu 210 doktor: James
JAMES (kanan) ketika bertemu kakitangan Klinik Ibu dan Anak serta Hospital Beluran.
BELURAN: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Ratib menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengisi 210 kekosongan jawatan Pegawai Perubatan (doktor) di Klinik Kesihatan di seluruh negeri ini.

Menurutnya, jawatan kosong itu perlu diisi bagi membolehkan perkhidmatan lebih berkesan diterima rakyat, khususnya di kawasan luar bandar (pedalaman).

Advertisement
“Di kawasan Beluran sahaja, sebanyak 26 jawatan pegawai perubatan belum diisi, termasuk tiga di Klinik Kesihatan Sungai-Sungai.

“Untuk rekod, Klinik Kesihatan Sungai-Sungai menerima purata 70 hingga 90 pesakit sehari, dan klinik itu hanya mempunyai Pembantu Perubatan (MA).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya juga meminta Kementerian Kesihatan mengisi semua jawatan kosong di Klinik Kesihatan serta Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di seluruh Sabah,” katanya.

James yang juga Exco Kesihatan Negeri Sabah berkata demikian sempena siri lawatan kerja selama tiga hari ke beberapa Klinik Kesihatan (KK), Klinik Ibu dan Anak (KKIA) serta hospital pada 27 hingga 29 Julai.

Advertisement
Antara pusat yang dilawatnya ialah Klinik Kesihatan Sungai-Sungai, Klinik Kesihatan Tangkarason di Paitan, Klinik Ibu dan Anak Beluran dan Hospital Beluran.

Sementara itu, berhubung status pembinaan Klinik Kesihatan Tangkarason, beliau mendapati kerja pembinaan berjalan perlahan dengan kemajuan kerja lebih kurang 30 peratus setakat 27 Julai lalu.

Advertisement
“Ini di luar jadual. Bagaimanapun, saya difahamkan kelewatan ini disebabkan faktor cuaca hujan semasa kerja-kerja tanah. Saya juga diberitahu, projek ini akan siap pada Oktober atau November,” katanya.

Bangunan lama Klinik Kesihatan Tangkarason yang diperbuat daripada kayu musnah dalam kebakaran pada Februari lalu dan pembinaan semula bangunan ini melibatkan kos RM989,000.

“Apa pun sebabnya, saya akan sentiasa memantau kerja-kerja pembinaan bangunan ini dari semasa ke semasa dan memastikan projek ini disiapkan mengikut jadual, serta tidak dikategorikan sebagai projek sakit.

“Buat masa ini perkhidmatan Klinik Kesihatan Tangkarason beroperasi seperti biasa di bangunan Mini Dewan Kg Tangkarason dengan kemudahan perubatan yang terhad dan tidak kondusif.

“Sebagai Exco Kesihatan Negeri Sabah, saya mahu semua kakitangan seperti Pegawai Perubatan (Doktor), Pembantu Perubatan (MA) dan Jururawat di klinik kesihatan di Sabah, khususnya kawasan luar bandar (pedalaman), untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada pesakit yang datang mendapatkan rawatan,” katanya.

James yang juga Adun Sugut menambah, pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan layak menerima rawatan dan perkhidmatan yang sewajarnya.

“Ini bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku kepada pesakit dan juga aduan orang ramai berkaitan rasa tidak puas hati terhadap kualiti perkhidmatan,” jelasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here