Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jenayah komputer: Lelaki didakwa 6 tuduhan
Published on: Thursday, August 01, 2024
Published on: Thu, Aug 01, 2024
Text Size:
Text:
Jenayah komputer: Lelaki didakwa 6 tuduhan
Kesalahan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer itu membawa hukuman denda sehingga RM150,000, atau penjara sehingga sepuluh tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 35 tahun didakwa atas enam pertuduhan melakukan jenayah komputer dengan membuat pembayaran untuk beberapa telefon pintar dan gajet.

Mohd Ariffin Rafiuddin mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan terhadapnya.

Advertisement
Tiga daripada pertuduhan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim manakala selebihnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Mohd Ariffin didakwa melakukan akses tanpa kebenaran kepada sistem operasi terminal kad kredit atas namanya dengan niat menipu, dengan membuat pembayaran untuk dua iPhone 15 Pro Max, masing-masing bernilai RM5,999.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa melakukan kesalahan sama dengan membuat pembayaran untuk dua MacBook, dua iPhone 15 Pro Max dan satu iPhone 15 Pro, kesemuanya bernilai RM29,095.

Bagi pertuduhan keempat, Mohd Arrifin didakwa melakukan jenayah komputer dengan membuat bayaran untuk empat Samsung Galaxy dan satu iPhone Pro, kesemuanya bernilai RM30,695.

Advertisement
Bagi pertuduhan kelima, dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan membuat bayaran untuk empat iMac bernilai RM26,996. Bagi pertuduhan keenam, Mohd Ariffin didakwa melakukan jenayah komputer dengan membuat pembayaran untuk dua MacBook bernilai RM10,398.

Kesemua kesalahan itu didakwa berlaku di Kedai Urban Republic Imago, di sini pada 12 Jun tahun ini, antara 1.30 tengah hari hingga 4.23 petang.

Advertisement
Kesalahan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer itu membawa hukuman denda sehingga RM150,000, atau penjara sehingga sepuluh tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Noor Hafizah menetapkan 27 Ogos tahun ini untuk sebutan dan melepaskan Mohd Ariffin dengan ikat jamin RM8,000 dan dua penjamin tempatan bagi pertuduhan pertama hingga ketiga.

Sementara itu, Amir Shah turut menetapkan tarikh sama untuk sebutan pertuduhan keempat hingga keenam dan menawarkan Mohd Ariffin ikat jamin RM2,000 dengan dua penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Al Hakim manakala peguam Lim Ming Zoong mewakili Mohd Ariffin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here