Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Kontraktor didakwa guna dokumen palsu
Published on: Thursday, August 01, 2024
Published on: Thu, Aug 01, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Kontraktor didakwa guna dokumen palsu
Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Pendidikan Daerah Tawau pada 14 Oktober 2020.
TAWAU: Seorang kontraktor memohon dibicarakan atas enam pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk menipu berkaitan kerja baik pulih dan penyelenggaraan dua sekolah di sini, dianggarkan bernilai RM200,000, pada 2020.

Jumadil Iggoh, 61, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga pada Selasa.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, Jumadil dituduh menggunakan penyata akaun palsu Bank Islam di bawah Syarikat Lima Construction miliknya bertarikh 13 Oktober 2020, masing-masing bagi Jun, Julai dan Ogos 2020.

Tuduhan menyatakan Jumadil menggunakan dokumen palsu itu untuk mendapatkan sebut harga kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan bangunan SMK Kinabutan II, di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PPE) Prihatin Tahun 2020.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Pendidikan Daerah Tawau pada 14 Oktober 2020.

Bagi pertuduhan keempat hingga kelima, dia didakwa menggunakan dokumen palsu sama bagi April, Mei dan Jun 2020 untuk tujuan mendapatkan tawaran sebut harga kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kuarters serta rumah guru SK Andrassy.

Advertisement
Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau pada 14 Julai 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 468 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Mahkamah menawarkan ikat jamin RM10,000 dengan deposit RM3,000 dan seorang penjamin tempatan, dan menetapkan 26 September sebagai tarikh sebutan semula kes.

Jumadil juga diperintah melapor diri di Pejabat SPRM terdekat dua bulan sekali, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak dibenarkan mendekati saksi kes itu.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rekraj Singh menjalankan pendakwaan sementara peguam Abdul Ghani Zelika mewakili Jumadil.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here