Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tiada lagi beg plastik untuk pembeli-belah di Kota Kinabalu
Published on: Thursday, August 01, 2024
Published on: Thu, Aug 01, 2024
Text Size:
Text:
Tiada lagi beg plastik untuk pembeli-belah di Kota Kinabalu
Kempen ‘Hari-hari Bawa Beg Bah’ yang dahulunya dikenali sebagai ‘Bawa Beg Bah’ setiap Sabtu, Ahad dan Isnin, merupakan satu usaha dari DBKK untuk memelihara alam semula jadi bandar raya, mengurangkan pencemaran yang berpunca dari beg plastik sekali guna, sekali gus melahirkan satu bandar raya yang boleh diwarisi oleh generasi akan datang.
Kota Kinabalu: Mulai hari ini, 1 Ogos, kempen ‘Hari-hari Bawa Beg Bah’ bermula di seluruh daerah Kota Kinabalu. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada Rabu, di bawah inisiatif hijau ini, tiada lagi beg plastik akan dibekalkan, sama ada berbayar mahupun secara percuma, kepada semua pengguna yang mengunjungi semua premis pasar raya (hypermarket, supermarket, mart), kedai serbaneka, kedai rangkaian, farmasi, kedai runcit, kedai serbaneka stesen minyak, kedai bakeri dan kedai pakaian pada setiap hari.

Advertisement
“Kempen ‘Hari-hari Bawa Beg Bah’ yang dahulunya dikenali sebagai ‘Bawa Beg Bah’ setiap Sabtu, Ahad dan Isnin, merupakan satu usaha dari DBKK untuk memelihara alam semula jadi bandar raya, mengurangkan pencemaran yang berpunca dari beg plastik sekali guna, sekali gus melahirkan satu bandar raya yang boleh diwarisi oleh generasi akan datang.

“DBKK seterusnya menyasarkan semua jenis premis perniagaan lain akan turut sama memberi sokongan dan menyertai kempen ini, termasuk restoran makanan segera, kedai perkakasan, kedai aksesori kecantikan, kedai sukan dan lain-lain premis perniagaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“DBKK juga maklum bahawa plastik sekali guna turut digunakan oleh semua peniaga-peniaga di pasar-pasar bangunan DBKK. 

“Sehubungan itu, kempen ‘Hari-hari Bawa Beg Bah’ turut diperluaskan ke sebahagian pasar bangunan di bawah bidang kuasa DBKK iaitu di Pasar Pekan Manggatal, Pasar Pekan Inanam dan Pasar Pekan Telipok yang melibatkan seramai 373 penjaja. 

Advertisement
“Kempen ini disasar akan dilaksanakan sepenuhnya di semua pasar bangunan lain menjelang Oktober 2024.” 

Bagaimanapun, kenyataan DBKK itu mengatakan pengecualian diberikan kepada penjaja-penjaja pasar yang menjalankan perniagaan bahan mentah seperti ikan, daging dan makanan laut.

Advertisement
“Seluruh warga Kota Kinabalu dan pengunjung dari luar daerah diseru untuk menyediakan beg guna semula atau beg mesra alam (jenis biodegradable atau compostable) dengan sendiri semasa membeli-belah, atau membeli beg boleh digunakan semula yang disediakan oleh pasar raya utama. 

“Kurangkan, gunakan semula dan kitar semula untuk esok yang lebih baik.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here