Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
DBKK pantau sistem kumbahan bermasalah di Inanam, Luyang
Published on: Friday, August 02, 2024
Published on: Fri, Aug 02, 2024
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
DBKK pantau sistem kumbahan bermasalah di Inanam, Luyang
SEORANG pekerja kontraktor DBKK memeriksa takungan pam di HSK dan hartanah lain di kawasan sekitar.
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang memantau sistem kumbahan yang memberikan perkhidmatan di Pusat Perindustrian HSK di Inanam dan Lintas Plaza di Luyang, susulan maklum balas mengenai gangguan yang wujud disebabkan oleh efluen yang mencemari beberapa kawasan awam di sekitar hartanah ini. 

Agensi ini juga menggesa pemilik kedai makan dan, pihak yang terlibat, syarikat pengurusan agar memainkan peranan yang lebih proaktif dalam meminimumkan masalah ini. 

Advertisement
Pemilik kedai makan diingatkan tentang membersihkan perangkap gris di dapur mereka, manakala syarikat pengurusan diarahkan untuk menyelenggara bahagian saluran kumbahan yang dimiliki oleh firma tersebut.

EFLUEN yang keluar dari lurang di Pusat Perindustrian HSK ini menjadi punca kekecewaan pemilik kedai di sini.

Jurucakap Jabatan Kejuruteraan DBKK berkata perhatian khusus akan diberikan untuk memastikan panel kawalan bagi pam kumbahan di kawasan ini berfungsi seperti yang sepatutnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, kontraktor kumbahan diminta supaya peka mengenai sebarang gangguan elektrik di Batu 7.5 Jalan Tuaran dan Jalan Lintas.

“Kami memintanya untuk mengarahkan pekerjanya memeriksa pam seawal mungkin selepas gangguan bekalan elektrik, sekiranya pam tersebut terpelantik,” katanya.

Advertisement
Walaupun beroperasi dengan sistem automatik, dia berkata peranti tersebut ada masanya tidak beroperasi semula apabila bekalan kuasa dipulihkan.

“Oleh sebab itu, adalah penting untuk pergi ke lokasi untuk menentusahkan pam itu berfungsi. Jika ia perlu dihidupkan semula, ini boleh dilakukan.

Advertisement
“Paras air kumbahan dalam paip akan terus meningkat selagi pam tidak berfungsi.”

KERJA pembersihan pembentung dilakukan pada paip di bawah jalan di Lorong Cempedak 6A. 

Lurang pada Lorong Cempedak 6A melimpah beberapa kali, yang terbukti tidak baik untuk perniagaan.

Pemilik unit di bahagian Pusat Perindustrian HSK ini kehilangan ramai pelanggan dan penyewa berpotensi ekoran bau busuk dari efluen yang kadang-kadang mencemari jalan.

Bau busuk itu, baru-baru ini, meresap ke dalam unit-unit ini selama beberapa hari pada awal minggu ini.

Jurucakap itu berkata kru penyelenggaraan DBKK datang ke hartanah komersial di Inanam sejurus pihak berkuasa dihubungi oleh media.

“Pekerja kontraktor membuka beberapa lurang, di mana unit pengadu terletak, dan mendapati bahawa paras efluen agak tinggi.”

“Mereka segera melakukan kerja pembersihan pembetung di sepanjang paip di bawah jalan tersebut.”

Katanya, juruteknik agensi juga memeriksa mekanisme di dalam rumah pam kumbahan di kawasan tersebut tetapi tidak menemui apa-apa yang tidak kena.

“Kontraktor kami telah diarahkan untuk membuat pemeriksaan berkala terhadap peranti itu, serta paip kumbahan di antara HSK dan pusat komersial di sebelahnya.

Katanya, individu ini diminta untuk meningkatkan usaha membersihkan saluran kumbahan kerana ini akan sedikit sebanyak mengurangkan ketidakselesaan kepada orang awam.

Seorang pembeli hampir tergelincir dan terjatuh di kaki lima di belakang kedai di Lintas Plaza. 

Mengenai Lintas Plaza, jurucakap itu berkata syarikat pengurusan (MC) bertanggungjawab untuk menyelenggara paip yang disambungkan ke lurang dengan penutup segi empat di sekitar hartanah tersebut.

“Kami dimaklumkan efluen melimpah dari tepi penutup logam segi empat dan mengalir ke bahagian kaki lima di belakang kedai di Lorong Lintas Plaza,” katanya.

Pembeli, yang bercakap mengenai kejadian ini, hampir tergelincir dan jatuh semasa cuba melintas lurang yang melimpah di belakang sebuah kedai minuman herba popular di bahagian pusat komersial Luyang ini, menurutnya.

“Kakitangan MC telah dimaklumkan tentang apa yang berlaku dan diminta untuk membersihkan paip kumbahan secepat mungkin.”

Kataya, DBKK diberi jaminan bahawa perkara ini akan diselesaikan “dalam beberapa hari akan datang”.

“Pemeriksaan susulan akan dilakukan setelah ‘tempoh tangguh’ ini berakhir. Jika arahan kami masih tidak diendahkan, tindakan lanjut boleh diambil terhadap MC.”

Jurucakap tersebut enggan mengulas apabila diminta untuk menjelaskan mengenai jenis tindakan yang akan diambil.

“Jika perlu, kami akan memberitahu syarikat tersebut secara bertulis agar lebih prihatin terhadap keadaan paip kumbahan mereka dan tidak lalai dalam menangani sebarang masalah membabitkan struktur ini.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here