Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Dua cedera, lori 10 tan terbabas
Published on: Friday, August 02, 2024
Published on: Fri, Aug 02, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Dua cedera, lori 10 tan terbabas
LORI terbalik dalam kejadian itu.
TAWAU: Dua lelaki cedera apabila sebuah lori 10 tan terbabas di bahu jalan dalam kemalangan di Jalan Kalabakan, Maliau Basin, awal pagi Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, dua lelaki masing-masing berusia 43 dan 58 tahun itu berjaya dikeluarkan oleh pasukannya menggunakan peralatan khas.

Advertisement
Katanya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Nabawan untuk rawatan lanjut.

Terdahulu, katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.37 pagi menerusi MERS999 dan sepasukan lapan pegawai serta anggota dikerah ke lokasi sejauh 195 kilometer (km).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sepasukan empat anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kalabakan tiba di lokasi jam 5.37 pagi untuk memberikan bantuan awal,” katanya, dan menambah, operasi ditamatkan jam 9.53 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi.

Operasi itu turut melibatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here