Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penerbangan sulung Ningbo penuh
Published on: Monday, August 05, 2024
Published on: Mon, Aug 05, 2024
Text Size:
Text:
Penerbangan sulung Ningbo penuh
JONISTON (kanan), Kapten Fareh (ketiga dari kanan), dan Julinus (kiri) bersama-sama pasukan mereka termasuk Tourism Malaysia sedia untuk menyambut penumpang.
Kota Kinabalu: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mengumumkan pelancaran penerbangan sulung AirAsia dari Ningbo ke Kota Kinabalu pada 2 Ogos lalu. 

Dalam penerbangan sulung itu, 179 penumpang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, memenuhi 96 peratus kapasiti penerbangan.

Advertisement
Laluan baharu ini akan beroperasi tiga kali seminggu, setiap Rabu, Jumaat dan Ahad, dengan kapasiti 186 tempat duduk bagi setiap penerbangan, menyediakan 558 tempat duduk seminggu, meningkatkan lagi ketersambungan antara Sabah dan China. 

Menteri Pelancongan, Kebudayaaan, dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata laluan baharu ini bukan sahaja mengukuhkan industri pelancongan bahkan memupuk hubungan budaya dan ekonomi lebih erat di antara wilayah kita. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami berterima kasih kepada AirAsia atas sokongan dan komitmen berterusan mereka untuk meluaskan capaian Sabah. Kita menyaksikan pertumbuhan ketara dari China, dengan 167,371 ketibaan direkodkan sehingga Mei tahun ini.”

“Kami menjangkakan peningkatan ketersambungan ini akan meningkatkan ketibaan pelancong dengan ketara, memberi manfaat kepada perniagaan tempatan, dan menggalakkan pertukaran budaya. Ketersambungan baharu ini sejajar dengan rancangan strategik Lembaga Pelancongan Sabah untuk meningkatkan daya tarikan dan kebolehcapaian rantau ini sebagai destinasi pelancongan utama,” katanya.

Advertisement
Dengan laluan baharu ini, Sabah kini menerima 83 penerbangan mingguan dari sembilan kota di China. Daripada ini, 62 penerbangan dioperasikan oleh AirAsia, menghubungkan Sabah ke Hong Kong, Guangzhou, Shenzhen, Shanghai, Wuhan, Beijing, Fuzhou, dan kini Ningbo. 

Pengarah Urusan AirAsia Malaysia Dato’ Kapten Fareh Mazputra berkata: “Ini sememangnya satu lagi kejayaan ketika kami meraikan pendirian kami sebagai syarikat penerbangan asing terbesar di China.

Advertisement
Dengan pengumuman baru-baru ini mengenai laluan baharu kami ke Kunming dari hab kedua terbesar di Malaysia ini, AirAsia akan mengendalikan sejumlah 10 laluan dengan 69 penerbangan mingguan ke China bermula 25 September 2024

“Kami gembira menyaksikan perkhidmatan kami ke China berkembang dengan permintaan yang kukuh. Selain itu, dengan perkongsian strategik lima tahun baru-baru ini dengan Lembaga Pelancongan Sabah, kami komited untuk memainkan peranan kami dalam industri penerbangan untuk meningkatkan dan memudahkan pelancongan di Sabah, terutamanya dalam mengembangkan perkhidmatan ke pasaran China.”

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah Julinus Jeffery Jimit dan Fareh berada di KKIA untuk mengalu-alukan penumpang dari Ningbo.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here