Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Jambatan gantung Lungkidau mula dibuka kepada penduduk
Published on: Thursday, August 08, 2024
Published on: Thu, Aug 08, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Jambatan gantung Lungkidau mula dibuka kepada penduduk
PENDUDUK membawa warga emas yang sakit melalui jambatan gantung di Lungkidau yang baru siap.
RANAU: Ratusan penduduk menarik nafas lega apabila kerja-kerja pembinaan semula jambatan gantung Lungkidau, di sini, akhirnya siap dan dibuka secara rasmi pada awal bulan ini.

Merasmikan pembukaan semula jambatan itu ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir, sekali gus menamatkan penantian lama penduduk di sini berikutan kerosakan jambatan sebelum ini akibat bencana alam.

Advertisement
“Jambatan gantung Lungkidau dibuka secara rasmi pada 1 Ogos. Ini merupakan satu berita baik kepada kita semua terutama penduduk yang tinggal berhampiran kawasan terjejas.

“Saya bagi pihak penduduk Kg Lungkidau dan kampung sekitarnya merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kerana sudi mendengar rintihan dan aduan rakyat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dengan siapnya jambatan gantung merentasi Sungai Liwagu ke Kg. Lungkidau dan kampung sekitar, semua orang kini boleh meneruskan aktiviti harian seperti biasa,” katanya.

Abidin yang juga Adun Paginatan berkata, dengan siapnya jambatan gantung ini, ia sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan masalah Kg Lungkidau dan kampung sekitarnya sementara menunggu pembinaan jambatan konkrit.

Advertisement
“Status terkini jambatan konkrit, ia kini memasuki fasa akhir permulaan pembinaan. Oleh itu, pembinaan dijangka dimulakan tidak lama lagi,” katanya.

Ratusan penduduk dari tujuh kampung iaitu Kampung Paginatan, Lungkidau, Toporo, Bunakon, Torikon, Soborong dan sebahagian Kampung Kigiwit menggunakan jambatan gantung itu untuk menyeberangi Sungai Liwagu.

Advertisement
Jambatan gantung itu menjadi laluan utama penduduk ke Pekan Ranau, Klinik Kesihatan Paginatan dan pelajar ke sekolah, selain laluan mengangkut hasil pertanian selepas jambatan konkrit runtuh beberapa tahun lalu.

Sebelum jambatan gantung siap dibina, penduduk di Kg Lungkidau berdepan cabaran menyeberangi Sungai Liwagu setiap kali parasnya meningkat ketika hujan lebat.

Sementara itu, pada Isnin ahli keluarga seorang warga emas yang sakit mengucapkan terima kasih kepada Abidin, kerana mereka dapat menghantar orang tua kesayangan mereka ke klinik berhampiran dengan segera melalui jambatan gantung itu.

Keadaan boleh menjadi lebih sukar bagi keluarga terbabit sekiranya kerja pembinaan tidak disegerakan, kerana mereka akan terpaksa menyeberangi sungai menggunakan bot kecil.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here