Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Wanita didakwa miliki 5,000kg baja tanpa lesen
Published on: Friday, August 09, 2024
Published on: Fri, Aug 09, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Wanita didakwa miliki 5,000kg baja tanpa lesen
Kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 itu boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1 juta, atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 39 tahun yang didakwa memiliki 5,000kg baja Urania tanpa lesen, ditetapkan tarikh sebutannya pada 22 Ogos ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menetapkan tarikh sebutan semula kes  Hermalin Abdullah itu untuk pengurusan kes pra-perbicaraan pada Khamis.

Advertisement
Pihak pendakwaan juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa semua dokumen telah diserahkan kepada Hermalin.

Tarikh perbicaraan akan ditetapkan pada tarikh sebutan di mana kes itu akan disebut di Mahkamah Sesyen Kudat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hermalin dituduh menyimpan baja itu secara haram di dalam bot pada pukul 6.15 pagi 3 April tahun ini di perairan Pulau Guhuan, Kudat.

Kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 itu boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1 juta, atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Mahkamah melanjutkan ikat jamin yang ditawarkan kepada Hermalin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Risal Abd Fikkah manakala Hermalin tidak diwakili peguam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here