PENAMPANG: Bekas Presiden Kongres Nasional Momogun (MNC) Datuk Henrynus Amin berkata orang asal Sabah perlu bersatu di bawah identiti bersama bagi menghadapi cabaran demografi dan ekonomi yang semakin meningkat.
Bercakap pada forum pertubuhan bukan kerajaan orang asal baru-baru ini, Presiden Parti Kerjasama Anak Negeri itu berkata cadangan penggunaan identiti
“Momogun” akan mengukuhkan kedudukan kumpulan orang asal di negeri ini.
“Kita berada di waktu kritikal. Tanpa barisan bersatu, kita berisiko dipinggirkan di tanah air kita sendiri,” katanya.
Advertisement





