Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Isu peruntukan Sabah: Kerajaan terbuka bincang jika Sabah perlu tambahan, kata Anwar
Published on: Friday, August 09, 2024
Published on: Fri, Aug 09, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Isu peruntukan Sabah: Kerajaan terbuka bincang jika Sabah perlu tambahan, kata Anwar
Perdana Menteri selepas meninjau Pusat Penjaja Tanglin di Kuala Lumpur hari ini. (Gambar: FB/Anwar Ibrahim)
Kuala Lumpur: Kerajaan Persekutuan terbuka untuk berbincang sekiranya Sabah memerlukan peruntukan tambahan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata peruntukan RM16 bilion yang diumumkannya untuk negeri itu pada Pesta Kaamatan 31 Mei lepas adalah peruntukan keseluruhan untuk Sabah bagi tahun ini, namun ia tidak melibatkan beberapa perkara lain.

Advertisement
“Peruntukan pengurusan, pembangunan seluruhnya RM16 bilion saya dah baca (dan) teliti… jangan politikkan perkara itu, kalau nak lagi, bincang secara elok.

“Saya dah terangkan (peruntukan untuk) pengurusan, pelaksanaan, operating, expenditure, itu harus ada, dan saya masukkan kesemuanya (namun), itu pun tak masuk beberapa hal lagi seperti (lebuh raya) Pan Borneo dan beberapa projek yang lain,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Penjaja Tanglin di sini hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustapa.

Sebelum ini Pengerusi Perikatan Nasional Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mendakwa kenyataan Anwar berhubung peruntukan untuk Sabah mengelirukan kerana tidak mengambil kira bahawa Sabah berhak mendapat tambahan 40 peratus daripada hasil persekutuan dan cukai yang diperolehi dari negeri itu.

Advertisement
Perdana Menteri bagaimanapun menyelar dakwaan itu dan tindakan Kiandee itu dilihat seolah-olah cuba mempolitikkan isu tersebut.

“(Sekarang) nak jadi champion (Ronald Kiandee), dulu (ketika menjadi kerajaan) tidak pulak… oleh kerana dekat PRN (Pilihan Raya Negeri) Sabah, main sentimen tu. Dalam politik tak apa tapi mencerca itu tak betul, tipu kenyataan, ini politik apa?

Advertisement
“Jangan jadi politik picisan…. pada hal masa ada kuasa dulu kamu diam…mana dia MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) masa kamu berkuasa? Sekarang kita bincang, laksanakan sebanyaknya – kuasa, tenaga, pendidikan, kesihatan, tambahan peruntukan, semua sekarang,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here