Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Manfaatkan potensi besar industri halal di Sabah
Published on: Sunday, August 11, 2024
Published on: Sun, Aug 11, 2024
By: Noor Zafira Zayn
Text Size:
Text:
Manfaatkan potensi besar industri halal di Sabah
Ewon berkata kerjasama erat dengan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah serta Muis Halal Hab diharap dapat memperkasa program pensijilan halal dalam kalangan usahawan bagi membantu pemilikan sijil halal dan membangunkan potensi produk sehingga peringkat antarabangsa.
Kota Kinabalu: Usahawan Sabah disaran mendaftar bagi mendapatkan sijil halal untuk meneroka potensi besar industri halal di negeri itu, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata Sabah memiliki potensi yang besar dalam industri halal berdasarkan sumber bahan mentah dan barangan separa siap yang banyak, selain kedudukan strategik dan geografinya luas.

Advertisement
“Saya lihat potensi industri halal hari ini sangat luas dan menjadi satu kerugian sekiranya kita tidak merebut peluang dalam industri ini,” katanya.

Menurut beliau, setakat ini hanya sekitar 350 syarikat atau usahawan di Sabah memperoleh sijil halal mengikut maklumat Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) Halal Hab, dan jumlah itu perlu ditingkatkan bagi membolehkan mereka menyertai pelbagai program keusahawanan halal yang disediakan kementerian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya sangat mengalu-alukan komitmen kerajaan Sabah, khususnya melalui Muis Halal Hab, untuk meningkatkan jumlah ini dan kementerian akan membantu apabila mereka mengemukakan permohonan (menyertai program pembangunan keusahawanan halal).

“Tidak ramai usahawan Sabah yang mengemukakan permohonan mendapatkan sijil halal kepada kementerian bagi mengikuti inisiatif mahupun program anjuran kementerian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Kesedaran Halal Usahawan Madani Sabah: Pensijilan Halal Usahawan/Pensijilan Halal Industri Kotej 2024 di sini, Sabtu.

Advertisement
Beliau berharap program seumpama itu dapat menyuntik semangat usahawan Sabah untuk menceburi industri halal dan membawanya sehingga peringkat antarabangsa.

Seramai 168 usahawan Sabah menyertai bengkel dua hari berakhir hari ini (Ahad) dalam memacu pembangunan industri halal secara bersasar; meningkatkan keupayaan usahawan dan koperasi dalam menghasilkan produk serta perkhidmatan halal berdaya saing; serta meningkatkan bilangan usahawan Sabah mendapat sijil halal.

Advertisement
Ewon berkata kerjasama erat dengan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah serta Muis Halal Hab diharap dapat memperkasa program pensijilan halal dalam kalangan usahawan bagi membantu pemilikan sijil halal dan membangunkan potensi produk sehingga peringkat antarabangsa.

Terdahulu, Ewon dalam ucapannya berkata Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyediakan pelbagai program pembangunan keusahawanan halal (PPKH) termasuk pensijilan halal, bantuan pembiayaan dan geran untuk membantu para usahawan di seluruh negara.

Katanya, ini termasuk bantuan pembiayaan sehingga RM10,000 bagi menampung kos pematuhan syarat-syarat pensijilan halal seperti kursus kesedaran dan pensijilan halal kepada pekerja-pekerja syarikat, kos khidmat rundingan, perkhidmatan analisis produk dan fi pensijilan.

Beliau berkata Kuskop juga menyediakan bantuan pembiayaan sehingga RM30,000 bagi menampung kos pembangunan jenama produk, penyediaan prototaip dan menaik taraf rekabentuk pembungkusan dan pelabelan setiap produk usahawan melalui Program Pembangunan Kapasiti Produk Halal.

“Program Inovasi dan Teknologi Halal adalah untuk usahawan-usahawan yang telah memiliki pensijilan halal dan mahu meningkat keberhasilan produk serta perkhidmatan halal berteraskan inovasi dan teknologi.

“Program ini menyediakan geran pembiayaan bagi mengadaptasi inovasi dan teknologi halal dalam meningkatkan produktiviti produk halal meliputi aspek pemindahan teknologi, bantuan pembelian mesin, digitalisasi dan pembangunan penyelidikan serta pengkomersialan produk,” katanya.

Ewon berkata kementeriannya turut menyediakan geran bantuan sehingga RM200,000 kepada usahawan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) yang mematuhi kriteria ditetapkan, selain melaksanakan Program Pengantarabangsaan Usahawan Halal bagi membantu usahawan PMKS yang telah stabil dan sedia untuk mengeksport.

“Ia bertujuan mengukuhkan jenama halal Malaysia di pasaran antarabangsa, menyediakan akses produk dan perkhidmatan halal, dan membina jaringan perniagaan serta pemasaran produk dan perkhidmatan halal Malaysia di persada antarabangsa.

“Kuskop menyediakan bantuan melalui pembiayaan melibatkan penyertaan usahawan PMKS dalam ekspo dan pameran perdagangan antarabangsa serta pendaftaran produk di luar negara,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here