Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
‘Jadi mata dan telinga, jaga keselamatan bersama’
Published on: Sunday, August 11, 2024
Published on: Sun, Aug 11, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
‘Jadi mata dan telinga, jaga keselamatan bersama’
“Tanggungjawab menjaga keselamatan tidak seharusnya diletakkan di bahu pasukan keselamatan sahaja, justeru itu, saya berharap penduduk setempat dapat menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan dan sampaikan maklumat kepada mereka bagi memastikan kawasan berada dalam keadaan selamat dan aman sejahtera,” kata Shafie.
SEMPORNA: Penduduk disaran agar menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan dengan menyampaikan sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah di daerah ini demi menjaga keselamatan daerah.

Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerjasama semua pihak, termasuk penduduk diperlukan dalam usaha memastikan keselamatan Semporna sebagai destinasi pelancongan terkenal dunia sentiasa di tahap terbaik. 

Advertisement
Katanya, maklumat yang disalurkan oleh penduduk membolehkan pasukan keselamatan mengambil tindakan segera.

“Tanggungjawab menjaga keselamatan tidak seharusnya diletakkan di bahu pasukan keselamatan sahaja kerana penduduk lebih memahami keadaan sebenar di persekitaran mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Justeru itu, saya berharap penduduk setempat dapat menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan dan sampaikan maklumat kepada mereka bagi memastikan kawasan berada dalam keadaan selamat dan aman sejahtera,” katanya.

Shafie berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Pimpinan Bersama Rakyat di Kampung Kubang Pinang.

Advertisement
Turut hadir Adun Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong dan Adun Bugaya, Jamil Hamzah.

Dalam pada itu, Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna menzahirkan kebimbangan mengenai pentadbiran di negeri ini yang dilihat kurang peka terhadap masalah rakyat.

Advertisement
Katanya, ramai rakyat menyuarakan rungutan mengenai masalah infrastruktur asas seperti bekalan air bersih dan catuan bekalan elektrik.

“Saya berharap perkara melibatkan rakyat dapat diselesaikan dengan segera kerana kita tidak mahu rakyat terbeban dengan perkara ini,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here