Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Remaja 13 tahun didakwa bunuh teman wanita
Published on: Wednesday, August 14, 2024
Published on: Wed, Aug 14, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Remaja 13 tahun didakwa bunuh teman wanita
Tertuduh didakwa membunuh rakan senegaranya itu di Ladang Kelapa Sawit Murni Sdn Bhd, Jalan Kalabakan, antara jam 12.30 tengah hari dan 2.30 petang pada 4 Jan 2023.
TAWAU: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun didakwa di Mahkamah Tinggi pada Selasa atas tuduhan membunuh teman wanitanya selepas merogolnya dalam kejadian di ladang kelapa sawit di Jalan Kalabakan tahun lepas.

Tertuduh, yang memegang pasport Indonesia, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Advertisement
Tertuduh didakwa membunuh rakan senegaranya itu di Ladang Kelapa Sawit Murni Sdn Bhd, Jalan Kalabakan, antara jam 12.30 tengah hari dan 2.30 petang pada 4 Jan 2023.

Mayat mangsa berusia 13 tahun itu dikatakan ditemui dalam keadaan tangannya terikat di dalam parit di ladang kelapa sawit, dengan kesan luka di kepala.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah menetapkan 10 hingga 14 Feb 2025 untuk perbicaraan.

Sebelum menetapkan tarikh itu, Hakim Duncan menunjukkan ekspresi terkejut apabila dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa tertuduh ketika kejadian hanya berusia 13 tahun. 

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana turut memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan akan memanggil tujuh saksi untuk memberi keterangan.

Tertuduh yang diwakili peguam Liew Hon Min berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak lebih daripada 40 tahun serta boleh dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Tertuduh pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 18 Jan 2023. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here