Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Latihan ‘Sea Combat’ perkasa kesiapsiagaan PGA Briged Sabah
Published on: Wednesday, August 14, 2024
Published on: Wed, Aug 14, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Latihan ‘Sea Combat’ perkasa kesiapsiagaan PGA Briged Sabah
MOHAMAD Suzrin bersama peserta kursus berkenaan.
LAHAD DATU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran peperangan, termasuk ‘Sea Combat’ bagi memperkasakan kesiapsiagaan untuk menghadapi sebarang bentuk ancaman.

Timbalan Pengarah (PGA) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), DCP Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi berkata, usaha ini dilaksanakan melalui latihan secara berterusan.

Advertisement
“Latihan secara berterusan ini adalah bagi melahirkan pegawai dan anggota polis PGA yang mahir dalam ilmu tempur,” katanya ketika ditemui pada acara penutupan Kursus Asas Sea Combat Briged Sabah Siri 1-2024 di Pantai Payang, Ahad.

Turut hadir ialah Komander Briged PGA Sabah, Datuk Abdul Rani Alias dan Ketua Staff Pasukan Khas Esscom, SAC Mohd Nasaruddin M Nasir.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut beliau, seramai 40 pegawai dan anggota PGA dan Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menamatkan latihan yang merangkumi fizikal, survival, teknikal di laut dan semua elemen di bawah KDNKA.

Kursus yang berlangsung selama 30 hari ini melibatkan 17 jurulatih yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah PGA Batalion 17 Lahad Datu, Superintendan Victor Cardona.

Advertisement
“Objektif pelaksanaan kursus ini adalah bagi mengemaskini penguasaan ilmu ‘sea combat’ untuk persediaan menghadapi penugasan di batalion masing-masing terutamanya semasa rondaan dan penugasan operasi.

“Kursus ini juga memberi pendedahan kepada elemen tempur laut PDRM berkaitan teknik-teknik baru mengikut keperluan semasa,” tambahnya.

Advertisement
Mohamad Suzrin turut menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat kerana telah berjaya mencapai semua matlamat yang telah dirancangkan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here