Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Cadangan jadikan troli pengangkutan rasmi
Published on: Thursday, August 15, 2024
Published on: Thu, Aug 15, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Cadangan jadikan troli pengangkutan rasmi
SEORANG pengendali troli, Tabari Basili mengendalikan troli yang dinaiki peserta Konvoi KMJG.
Tenom: Cadangan untuk menjadikan troli sebagai pengangkutan selamat dikemukakan kepada Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS), kata Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin.

Cadangan itu bertujuan untuk menetapkan garis panduan keselamatan untuk penggunaan troli, khususnya sebagai pilihan pengangkutan alternatif bagi penduduk Kampung Pangi dan Rayoh, di sini.

Advertisement
Katanya, pada masa ini, Kampung Pangi dan Rayoh mempunyai dua jenis pengangkutan iaitu keretapi secara rasmi dan troli secara tidak rasmi.

Riduan, yang berjumpa dengan Pengarah JKNS baru-baru ini, mengiktiraf kewujudan dua jenis pengangkutan itu di kawasan Pangi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Walaupun penggunaan troli mempunyai risiko keselamatan, kita tidak boleh menolaknya sepenuhnya. Malah, ia boleh menarik pelancong, seperti yang dilihat di negara lain,” kata Riduan pada pada Majlis Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) di Kampung Pangi, dekat sini, pada Selasa.

Menurut Riduan, JKNS  merancang untuk membuat kerjasama dengan ketua kampung berkenaan dan JKNS sendiri akan mengawal selia penggunaan troli ini supaya penduduk kampung dapat mematuhi dari segi standard keselamatan.

Advertisement
“Matlamat kami adalah untuk menjadikan pengangkutan troli benar-benar selamat,” tambahnya.

Riduan juga menyentuh ketiadaan kemudahan klinik kesihatan di Pangi dan Rayoh.

Advertisement
“Ini saya sudah bentang dan berdebat di Parlimen dan kita juga sudah bawa pada Mesyuarat Tindakan Daerah, bahawa kawasan Pangi ini memerlukan Klinik Kesihatan,” katanya.

Jelasnya, Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) telah bersetuju untuk memberikan tapak untuk pembinaan bangunan Klinik Kesihatan di Kampung Pangi.

Terdahulu dalam ucapannya, Riduan menyeru masyarakat terutama golongan muda supaya bersyukur dengan kemakmuran dan keamanan yang dikecapi pada hari ini hasil perjuangan pemimpin terdahulu.

Beliau menekankan kepentingan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan yang berlandaskan Perlembagaan di negara ini.

“Hayatilah makna kemerdekaan dan Prinsip Rukun Negara yang menjadi asas kepada kemakmuran, keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Jainisiah Mohd Noor berkata, Sekolah Kebangsaan (SK) Pangi adalah “Check Point” atau destinasi yang ke-18 daripada 60 destinasi Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang di Sabah.

Katanya, Kampung Pangi dipilih sebagai salah satu destinasi konvoi kerana kampung inilah yang satu-satunya dihubungi melalui pengangkutan kereta api.

“Selain itu, kita juga memikirkan bahawa penduduk dan murid-murid di kampung terpencil ini juga perlu mendapatkan informasi dan dasar kerajaan,” katanya.

Konvoi itu melibatkan 14 kenderaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan terdiri daripada Jabatan Penerangan, RTM, Bernama, TM, Pos Malaysia, PDRM, JPJ, APMM, serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Namun untuk perjalanan ke destinasi Pangi, rombongan Konvoi Kembara itu menaiki kereta api.

Turut sama Pegawai Daerah Tenom Mas Syazwan Haji Massod dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Melalap Simon Mamat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here