Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
RUU Keselamatan Siber bakal diwujud di Sabah
Published on: Thursday, August 15, 2024
Published on: Thu, Aug 15, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
RUU Keselamatan Siber bakal diwujud di Sabah
ARIFFIN (kiri) mendengar taklimat keselamatan siber disampaikan salah seorang petugas semasa melawat pameran di majlis itu.
Kota Kinabalu: Kerajaan negeri bakal mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber sebagai persediaan menangani sebarang ancaman siber di wilayah ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI), Datuk Dr Ariffin Arif berkata, buat permulaan satu rangka kerja akan dilaksanakan pihaknya bersama jabatan berkaitan bagi mengkaji keperluan untuk RUU itu.

Advertisement
“Saya minta Setiausaha Tetap KSTI bawa perkara ini bersama Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah untuk mengkaji kemungkinan mewujudkan RUU ini.

“Ini bagus (RUU keselamatan siber Sabah) dan SUT juga seorang ahli undang-undang, beliau akan berbincang dengan Peguam Besar Negeri Sabah agar usaha ini dapat diperhalusi lagi,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan BIMP-EAGA, Cyber Security Summit (BECS) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, Rabu.

Hadir sama Setiausaha Tetap KSTI, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim.

Advertisement
Ketika ditanya bila RUU itu akan dibentangkan, Ariffin berkata, ia akan dikemukakan sebaik perkara berkaitan selesai diperhalusi Peguam Besar Negeri Sabah.

Ketika ini, katanya, usaha untuk melengkapi RUU itu akan diberi tumpuan terlebih dahulu bagi memastikan ia dapat memenuhi keperluan keselamatan siber di Sabah.

Advertisement
“Insha-Allah kita akan kemukakannya (RUU) apabila sudah diperhalusi oleh Pejabat Peguam Besar Negeri Sabah,” katanya.

Dilaporkan, RUU Keselamatan Siber 2024 peringkat persekutuan telah diluluskan di Dewan Rakyat pada April lepas bagi meningkatkan keselamatan siber negara menerusi pematuhan terhadap langkah, standard dan proses dalam pengurusan ancaman siber.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here