Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
911 gegar Kota Kinabalu 1 Oktober ini
Published on: Saturday, August 17, 2024
Published on: Sat, Aug 17, 2024
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
911 gegar Kota Kinabalu 1 Oktober ini
TRIO legenda British, 911 akan mengadakan konsert ulang tahun ke-30 di Kota Kinabalu pada 1 Oktober ini.
KUMPULAN ikonik British, 911 meraikan perjalanan seni tiga dekad mereka dengan mementaskan konsert eksklusif di Malaysia.

Menariknya sempena konsert itu, trio pop British terbabit akan singgah di Kota Kinabalu pada 1 Oktober ini, sebelum mereka ke Kuala Lumpur pada 3 Oktober.

Advertisement
Konsert di Kota Kinabalu akan berlangsung di Dewan Hakka, manakala di KL akan diadakan Zepp Kuala Lumpur.

“Konsert ini bakal menjanjikan sesuatu yang tidak akan dilupakan sempena meraikan perjalanan karier selama 30 tahun kumpulan itu,” menurut penganjur, dalam kenyataan baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dikenali dengan lagu-lagu hit yang menduduki carta, 911 akan membawa peminat menyusuri perjalanan nostalgia melalui katalog lagu mereka yang luas, termasuk lagu klasik seperti Bodyshakin, I Do, dan All I Want Is You.

Ditubuhkan pada awal 1990-an, 911 yang terdiri daripada Lee Brennan, Jimmy Constable, dan Simon “Spike” Dawbarn, dikenali menerusi lagu dengan melodi yang menarik dan lirik yang penuh perasaan. 

Advertisement
Dengan deretan album dan single yang berjaya, mereka telah mengukuhkan kedudukan mereka dalam sejarah muzik pop. 

Tiket boleh didapati secara atas talian dengan peminat boleh memilih untuk mendapatkan tiket standard atau VIP, yang termasuk sesi bertemu dan beramah mesra serta peluang bergambar dengan kumpulan itu.

Advertisement
Konsert ini turut disokong oleh Tourism Malaysia. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here