Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
UMS, LJ Resources tandatangani MoU perkukuh kerjasama strategik
Published on: Saturday, August 17, 2024
Published on: Sat, Aug 17, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
UMS, LJ Resources tandatangani MoU perkukuh kerjasama strategik
KASIM (keempat dari kanan) bertukar dokumen dengan Joanita.
LABUAN: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan LJ Resources Enterprise yang berpangkalan di Labuan telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis lalu, menandakan satu langkah besar ke hadapan dalam perkongsian strategik antara kedua-dua entiti itu.

Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr Kasim Md Mansur berkata MoU itu menggalakkan kerjasama antara UMS dan LJ Resources dalam beberapa bidang utama.

Advertisement
Beliau berkata kerjasama itu termasuk penyelidikan, penerbitan, perundingan dan projek komuniti untuk meningkatkan pengetahuan, penganjuran program latihan untuk memajukan kemahiran profesional, serta perkongsian data dan bahan untuk tujuan akademik dan penyelidikan.

“Selain itu, LJ Resources Enterprise dijangka menyediakan peluang latihan praktikal kepada pelajar UMS, manakala UMS akan menawarkan peluang pengajian lanjutan kepada kakitangan LJ Resources bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat,” katanya pada majlis menandatangani MoU di Bangunan UMS Kota Kinabalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pengasas LJ Resources Enterprise Joanita Joseph berkata LJ Resources menyediakan pelbagai perkhidmatan latihan profesional di Labuan dan MoU ini menggambarkan komitmen kolektif kedua-dua pihak untuk merapatkan jurang antara akademik dan industri.  

“Melalui inisiatif penyelidikan bersama, persidangan kolaboratif dan sesi latihan praktikal, kami menyasarkan untuk melengkapkan generasi muda dengan kemahiran dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk kekal relevan dengan keperluan industri,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata gabungan LJ Resources Enterprise dengan Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Labuan (LOSHPA) dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS Labuan), ditambah dengan reputasi akademik UMS, akan mewujudkan platform yang kukuh untuk penglibatan industri yang lebih luas dan jangkauan komuniti.

“Kerjasama itu dijangka memupuk persekitaran bilamana pengetahuan praktikal dan pandangan akademik bercantum, yang membawa kepada penyelesaian inovatif dan peningkatan standard industri serta perkongsian antara LJ Resources Enterprise dengan UMS dijangka memberi impak besar kepada industri di Labuan.

Advertisement
“Latihan dan pengalaman praktikal diberikan kepada pelajar akan memastikan bekalan berterusan profesional mahir yang bersedia untuk memenuhi permintaan industri…selain itu, inisiatif bersama dan projek komuniti akan menangani cabaran tempatan dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi Labuan yang mampan,” kata beliau.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here