KENINGAU: Seorang pemuda maut dalam kemalangan yang berlaku di KM 8, Jalan Keningau - Apin-Apin,di sini, pada Jumaat.
Allbrayon Sariman, rakyat tempatan berumur 23 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai dari Kampung Bunga Raya, cedera parah di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Keningau Supritendan Yampil Anak Garai yang mengesahkan kejadian itu berkata siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Isuzu Trooper dan sebuah motorsikal Honda RS.