Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Sarawak dan Labuan
Published on: Saturday, August 17, 2024
Published on: Sat, Aug 17, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Sarawak dan Labuan
Armizan berkata sebagai kementerian yang bertanggungjawab untuk mengawal selia sektor peruncitan, KPDN akan memudahkan proses untuk mana-mana pasar raya mengembangkan cawangan mereka di Sabah, Sarawak dan Labuan, mahupun di lain-lain negeri.
SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mempelawa rangkaian pasar raya besar seperti Lotus’s Stores (M) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) untuk membuka cawangan  mereka di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata dengan pembukaan lebih banyak pasar raya seumpama itu bagi membolehkan lebih banyak pilihan kepada pengguna selain mewujudkan persaingan yang sihat.

Advertisement
“Kalau kita lihat harga ayam yang dijual di Lotus’s Malaysia, kita dapati mereka secara konsisten dan dalam tempoh yang lama menawarkan harga berpatutan serendah RM6.99 sekilogram berbanding harga pasaran yang tinggi di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Sebab itu kita menjemput sekiranya mereka boleh menyediakan banyak pilihan produk pada harga berpatutan, mengapa tidak meneroka pasaran di ketiga-tiga negeri tersebut,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2024 Peringkat Lotus’s Setia Alam di sini, Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Armizan berkata sebagai kementerian yang bertanggungjawab untuk mengawal selia sektor peruncitan, KPDN akan memudahkan proses untuk mana-mana pasar raya mengembangkan cawangan mereka di Sabah, Sarawak dan Labuan, mahupun di lain-lain negeri.

Beliau berkata pihaknya boleh membantu memudah cara termasuk dalam rundingan dengan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta cawangan-cawangan KPDN di negeri terbabit.

Advertisement
“Sekiranya Lotus’s atau mana mana pasar raya lain boleh memberikan tawaran harga yang baik kepada pengguna, kita akan membantu sehabis baik untuk memudahkan proses mereka membuka cawangan kerana mereka sudah memiliki lesen,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here