Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pelayar antarabangsa Sail Malaysia gembira layanan mesra di Kunak
Published on: Sunday, August 18, 2024
Published on: Sun, Aug 18, 2024
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Pelayar antarabangsa Sail Malaysia gembira layanan mesra di Kunak
Sebahagian peserta bersama pihak penganjur. (Gambar: Harian Ekspres/Ibrahim Tabir)
KUNAK: Peserta dikalangan pelayar-pelayar antarabangsa yang mengikuti "Program Sail Malaysia Passage to East Yatch Rally 2024" gembira dengan sambutan yang mesra daripada penduduk setempat di sepanjang destinasi pengembaraan mereka di Sabah.

Ahli Lembaga Tourism Malaysia yang juga pengasas Sail Malaysia, Datuk Seri Dr Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood berkata keunikan budaya dan layanan baik daripada komuniti sangat menggalakkan dengan pelbagai pengisian aktiviti seperti tarian kebudayaan suku kaum dan kemesraan masyarakat membuatkan peserta pelayaran cukup gembira dengan sambutan itu.

Advertisement
Tarian sambut tamu, dan peragaan baju berbagai etnik dipersembahkan oleh komuniti Rukun Tetangga daerah Kunak setibanya kumpulan pengembara itu pada Jumaat, di sini.

"ia mencerminkan keharmonian dikalangan komuniti yang berbagai etnik. Mereka meraikan kedatangan pelawat dengan layanan istimewa, dengan tarian budaya, makanan tradisi, hidangan buah-buahan tempatan dan sebagainya. Para pelayar sangat gembira dengan ini..", katanya kepada Daily Express ketika ditemui pada Sabtu sempena kunjungan peserta bot layar antarabangsa yang berlabuh di sini.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Keywords:
Sail Malaysia
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here