Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RM10,000 menanti pemenang emas
Published on: Sunday, August 18, 2024
Published on: Sun, Aug 18, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
RM10,000 menanti pemenang emas
HAJIJI mengucapkan tahniah kepada, Dione dan Fyenlly.
Kota Kinabalu: Pemenang pingat emas Sukma Sabah di Sarawak akan mendapat insentif tunai RM10,000 daripada kerajaan negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor membuat pengumuman itu pada Sabtu selepas pertemuan dengan Skuad Wushu Sabah yang berjaya menyumbang tiga emas dan satu perak.

Advertisement
Angka insentif itu juga adalah dua kali ganda daripada jumlah yang ditawarkan kerajaan negeri kepada pemenang pingat emas sebelum ini.

“Setiap atlet Sabah yang memenangi pingat emas Sukma kali ini akan menerima insentif RM10,000 berbanding hanya lima ribu sebelum ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagi pemenang pingat perak dan gangsa pula, kerajaan akan menunggu cadangan daripada Kementerian Belia dan Sukan selepas temasya itu,” katanya.

PASUKAN Sabah meraih pingat emas sepak takraw berpasukan wanita pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Stadium Muhibah pada malam Jumaat. – Foto Bernama 

Beliau berharap kontinjen Sabah berjaya mencapai sasaran 40 pingat emas dan menggesa para atlet bersaing dengan semangat kesukanan yang tinggi serta menjaga disiplin diri demi nama baik negeri Sabah sepanjang pertandingan.

Advertisement
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada tiga pemenang pingat emas wushu Amirah Sofea Azlan (48kg wanita sanda), Dione Babyline Fely (52kg wanita sanda) dan Fyenlly Himon (52kg lelaki sanda) serta pemenang pingat perak Ericson Bong Cheng Loong (gunshu toulu lelaki) semasa mesyuarat itu.

Turut hadir di Hotel Pullman ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin dan penolongnya Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Datuk Mansur Asun yang juga chef de mission.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here